suria

Haqiem Rusli nak 'tackle' peminat indie

Haqiem mahu cuba hasilkan lagu dalam genre yang lain pula.

PENYANYI Haqiem Rusli berhasrat memperbaiki hubungan dengan peminat muzik independent yang dilihat agak dingin terhadapnya.

Kata Haqiem, dia mahu menghasilkan sebuah lagu secara indie sebagai salah satu cara memperbaiki hubungannya dengan peminat muzik tersebut.

"Kalau satu hari nanti aku nak cuba buat satu lagu indie, rasa-rasa budak-budak indie boleh terima?

Perkongsian Haqiem di Twitter.

"Walaupun aku tahu kebanyakan geng indie ada yang tak suka aku, tapi mana tahu dengan satu lagu boleh baiki hubungan daripada benci menjadi lebih baik.

"Meskipun itu bukan cara saya tapi mengapa tidak?," tulisnya di Twitter pada Selasa.

Status yang dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi pengikut yang bersetuju dan ada juga yang berasa kurang senang dengan cadangannya itu.

Bagaimanapun, tidak sampai satu jam status itu di muat naik di laman tersebut, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini memadam hantaran (posting) berkenaan.

Haqiem muncul dengan lagu baharu berbahasa Inggeris berjudul What Can I Do For You?

Nama Haqiem pernah menjadi sebutan apabila vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh memetik namanya ketika membuat persembahan pentas di acara Love Suria Charity pada Ogos tahun lalu.

"Buktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi m****s Haqiem Rusli," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem baharu sahaja melancarkan lagu inggeris berjudul What Can I Do For You? pada 21 Mac lalu.

Muzik video lagu tersebut yang dimuat naik di Youtube menerima lebih 500,000 tontonan.

Haqiem Rusli

Artikel Lain