suria

Rashidi Ishak terima 300 mesej setiap hari di Instagram

Rashidi Ishak aktif larian marathon sejak dua tahun lalu. Foto: Azlina Abdullah

PELAKON Rashidi Ishak mengakui menerima lebih 300 mesej peribadi setiap hari di laman Instagram miliknya.

Rashidi Ishak, 46, berkata, kebanyakan penghantar mesej memberi kata-kata semangat dan sokongan positif kepadanya untuk meneruskan kehidupan selepas bercerai.

"Saya cuba sedaya upaya membalas mesej-mesej di Instagram kerana ingin menjaga hati peminat-peminat yang banyak menyokong saya.

"Kebanyakkan mesej saya terima banyak memberikan kata-kata semangat dan sokongan positif dalam keadaan saya yang sebegini.

"Saya sangat menghargainya dan berterima kasih kepada mereka yang sekarang ini," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan Imam yang baik” - Rashidi Ishak mengaku sudah bercerai dengan Vanidah Imran

ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi alami kemurungan, ada sebab rahsiakan perceraian 7 bulan


Rashidi pelakon utama dalam dilem BU.

Rashidi ditemui pada sidang media tayangan filem Bu di eCurve, Mutiara Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, Rashidi memberitahu dia kehilangan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas aktif menyertai larian marathon sejak dua tahun lalu.

"Waktu pengambaran filem Bu dua tahun lepas, berat saya ketika itu 80 kilogram dan sekarang 68 kilogram.

"Saya banyak meluangkan masa dengan menyertai larian marathon yang kebiasaannya 42 kilometer dan berlari lima kilometer sehari.

"Kalau ikutkan pada mulanya saya ceburi bidang larian ini daripada Vanidah sendiri dan sampai sekarang, saya masih aktif dengan larian marathon," katanya.

Rashidi Ishak dan bekas isterinya pelakon Vanidah Imran bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Rashidi melakonkan watak sebagai doktor Norman dalam filem Bu bersama barisan pelakon popular seperti Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Tia Sarah, Nadia Brian, Dian P. Ramlee, Iedil Putra, Mawar Rashid dan Wan Hanafi Su.

Filem Bu mengisahkan perjuangan dan semangat seorang wanita ini bakal ditayangkan pada 11 April di pawagam seluruh Malaysia.

Rashidi Ishak

Artikel Lain