suria

“Wanita hamil jangan dengar nasihat orang suruh makan banyak”- Lufya pernah berat 80 kg lepas bersalin

Perbezaan Lufya tahun lalu (kiri) dan badannya kini lebih langsing.

PELAKON Lufya Omar mendedahkan pernah mencecah berat badan 80 kilogram selepas melahirkan anak pertamanya, Laana Haura pada dua tahun lalu.

Menurut Lufya, beratnya semakin bertambah disebabkan terlalu mengikut nasihat orang ramai yang memintanya makan untuk dua orang ketika sedang hamil.

Bagaimanapun, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini menasihati wanita yang sedang hamil agar lebih berhati-hati dalam mengawal pengambilan gula supaya tidak berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya ajar anak pakai tudung kena kritik


Lufya tidak kawal pengambilan gula dan karbo ketika hamil menyebabkan berat badannya meningkat.

"Berat saya sebelum ini 80 kilogram. Selepas melahirkan anak dah macam mak koala pun ada. Nasihat saya untuk wanita hamil, masa hamil jangan dengar nasihat orang suruh kita makan untuk dua orang.

"Sebab ramai sangat yang cakap 'tak apa Lufya makan saja, kan makan untuk dua orang tu'. Lama kelamaan anda pasti akan makan sampai lupa diri.

"Lepas itu susah dah nak kawal pengambilan gula dan karbo," kata Lufya menerusi laman Instagram miliknya.

Lufya melahirkan anak perempuannya itu secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara pada 12 November 2017.

Lufya bersama suami dan anaknya.

Dalam pada itu, Lufya memberitahu diet untuk wanita yang sedang hamil perlu dijaga kerana bimbang boleh mengidap penyakit kencing manis yang boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

"Sebenarnya diet wanita mengandung lagi kena jaga dari biasa. Waktu inilah takut terkena kencing manis dan macam-macam penyakit pada ibu dan anak.

"Kena kawal pengambilan kadar pemakanan anda kalau tidak, anda akan jadi 'mak koala'. Susah nak turun! Belajar daripada pengalaman," ujarnya.

Lufya berkahwin dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang juga seorang doktor pada 26 November 2016.

Lufya Omar

Artikel Lain