Naim Daniel ambil masa dua bulan kaji kehidupan OKU - Hiburan | mStar

Naim Daniel ambil masa dua bulan kaji kehidupan OKU

Naim Daniel bawa watak Budi yang menghidapi penyakit cerebral palsy

PELAKON Naim Daniel mendedahkan dia terbawa-bawa watak orang kelainan upaya (OKU) yang dilakonkan dalam drama Pia biarpun selepas tamat penggambaran drama berkenaan.

Naim,22, berkata, perkara itu disebabkan dia terlalu menghayati dan membuat kajian selama dua bulan tentang penyakit cerebral palsy sebelum memulakan penggambaran.

"Drama yang sedang ditayangkan di TV3 ini benar-benar mencabar keupayaan sebagai pelakon, saya membuat kejadian mengenai penyakit cerebral palsy selama dua bulan sebelum memulakan pengambaran malah berjumpa mereka yang menghidapi penyakit ini bagi memahami cara mereka menjalani kehidupan seharian.

"Namun semuanya berjalan lancar malah saya terbawa-bawa karakter tersebut lebih seminggu selepas tamat pengambaran. Maklumlah sudah terbiasa dengan karakter tersebut selama lebih dua bulan pengambaran," katanya kepada mStar.

Naim buat kajian lebih dua bulan tentang penyakit cerebral palsy.

Cerebral palsy ialah sejenis penyakit gangguan otak terjejas hingga mengganggu pergerakan mahupun postur badan penghidapnya. Selain itu, cerebral palsy juga mampu menjejaskan komunikasi, pendengaran dan tingkah laku pesakitnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah ini berharap watak kurang upaya yang dibawakannya itu dapat memberikan impak dan kesedaran bagi mereka yang menonton.

Naim terbawa-bawa watak kurang upaya biarpun sudah tamat pengambaran.

"Saya cuma harap mesej dalam drama ini sampai kepada penonton, sebagai pelakon saya inginkan watak dan mesej yang cuba disampaikan memberi impak positif kepada mereka.

"Malah saya mahu masyarakat sedar wujud golongan yang menganiaya individu kurang upaya sehingga mereka tidak terdaya untuk melawan" tambah Naim.

Drama Pia mula ditayangkan bermula 3 Mei lalu menerusi slot Lestary TV3.

Selain Naim, drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini turut dibintangi Zara Zya, Alif Satar, Sheila Rusli dan Idzham Ismail.

naim daniel

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain