Ada pihak kurang senang, Yazid Search henti minta bantuan - Hiburan | mStar

Ada pihak kurang senang, Yazid Search henti minta bantuan

Yazid enggan meminta bantuan daripada mana-mana pihak untuk rawatan dialisisnya.

PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmad serik untuk meminta bantuan bagi meringgan beban kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalaninya sejak 11 tahun lalu.

Yazid, 57, berkata, hasratnya untuk mendapatkan bantuan kewangan sebelum ini terbantut apabila menerima kecaman segelintir individu yang berasa kurang senang dengan tindakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazid (Search) Semakin Uzur, Enggan Susahkan Teman

ARTIKEL BERKAITAN: Yazid (Search) Dilarang Naik Pesawat

“Saya tak pernah minta media untuk membantu atau dengar suara saya.  Jika saya bersuara minta bantuan ada pula yang akan maki seperti saya minta sedekah.

“Sehingga saya dihina kerana nampak teruk sangat. Mereka tak suka. Jadi di situ kita macam terbantut.

“Saya lebih bahagia dalam keadaan begini kerana akhirnya saya ada anak-anak dan isteri yang dekat dengan saya,” ujarnya kepada mStar.

Yazid Bersama isterinya, Ramlah Ahmad.

Yazid ditemui ketika kunjungan Mahabbah Ramadan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan Mahabbah di kediaman anak pemuzik itu di Wangsa Maju.

Dalam pada itu, Yazid menjelaskan turut menerima bantuan dari persatuan karyawan dan baitulmal namun masih tidak mencukupi buat menampung kos ubat-ubatan yang mencecah sehingga RM300 hingga RM400 seminggu.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Yazid mengakui agak terbeban dengan kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalanianya sebanyak 3 kali seminggu.

Jelas Yazid, kos rawatan mampu menceceh sehigga hampir RM1,800 sebulan tidak termasuk kos pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital.

“Saya sedar kita ada saluran yang betul untuk benda begini. Tapi bila kita berusaha untuk itu, kita pula dimaki. Macam peminta sedekah pula dikatanya kita.

Antara koleksi beg tangan wanita yang dijual Ramlah Ahmad.

“Namun, rawatan dialisis saya memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Jika ditanya apa yang saya perlukan ketika ini adalah sokongan kewangan daripada industri sendiri.

“Kita ni berjasa juga pada industri muzik tanah air. Kalau tiada apa yang menghargai pada diri kita, ia ibarat mati segan mati tak mahu. Kos rawatan sebulan mencecah RM1,800 belum termasuk belanja pengangkutan untuk ke hospital, ujarnya.

Bercerita mengenai aktiviti bulan puasa, Yazid bersyukur kerana dapat menjalani tuntutan rukun Islam ketiga itu meskipun berdepan masalah kesihatan.

“Aktiviti bulan ramadan paling seronok kerana saya boleh pergi ke masjid.

“Alhamdullilah tuntutan berpuasa masih boleh diteruskan.

“Sebelum ini buat dialisis saya tak boleh berpuasa tetapi tahun ini nampaknya semakin baik,” ujarnya.

Yazid , Search

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain