“Bukan setakat rotan, ketuk-ketampi 300 kali sampai terkangkang naik tangga” - Azhan Rani saran hantar anak ke spa jika tak boleh dirotan - Hiburan | mStar

“Bukan setakat rotan, ketuk-ketampi 300 kali sampai terkangkang naik tangga” - Azhan Rani saran hantar anak ke spa jika tak boleh dirotan

Azhan Rani menyindir tindakan segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka dirotan untuk dihantar ke spa.

PELAKON Azhan Rani menyindir sikap segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan guru melaksanakan hukuman rotan  meskipun anak mereka melakukan kesalahan.

Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 43, berkata, ibu bapa yang tidak bersetuju dengan hukuman itu sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke spa untuk dibelai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamatnya riwayat Ustaz Hamadi... Ini kisah Azhan Rani yang mungkin tidak diketahui!

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani jual bantal? Netizen kata; “Mentang-mentang Ustaz Hamadi tengah up”

"Kalau anak-anak yang buat masalah di sekolah tak boleh dijentik, dihukum nak dipuji dan dibelai sepanjang masa maka lebih baik hantar anak ke spa lima hari seminggu.

"Dapatkan urutan aroma terapi, mandi jakuzi dan wap sekali.

"Biar dia mereput macam tu sampai ke tua," katanya.

Sindiran itu diluahkan Azhan kerana mempunyai kaitan dengan watak seorang guru sekolah yang dipegangnya dalam cerekarama berjudul Terima Kasih Ibu di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Azhan Rani memegang watak sebagai guru dalam cerekarama Terima Kasih Ibu.

Tambah Azhan, meskipun membawa watak seorang guru yang dilakonkannya selama seminggu, dia mengakui tanggungjawab seorang guru lebih mencabar jika tidak dapat melaksanakan hukuman dalam mendidik pelajar.

"Cerita fasal cerekarama #terimakasihibu ni, banyak juga dapat feedback pasal sistem dan peraturan untuk guru-guru sekarang sudah banyak berubah. Dapat saya rasakan tanggungjawab seorang guru sangat mencabar walaupun hanya seminggu sahaja jadi ‘cikgu wayang’ dalam #terimakasihibu.

"Memang tak mungkin cikgu sekarang bawa rotan, tak boleh nak hukum pelajar bermasalah, atau jalan itik, potong rambut pelajar lelaki yang simpan rambut panjang, rotan pelajar lelaki yang rakam gambar pelajar perempuan dalam tandas, jerit, marah pada pelajar hisap rokok dan bergaduh di sekolah dan macam-macam lagi.

"Zaman dah berubah, walaupun #niljibril tu pun memang ada sikit dalam diri saya masa zaman sekolah, tapi tidaklah sampai membunuh orang. Nakal dan kaki melawan juga," katanya.

Azhan Rani mendedahkan pernah dihukum atas kesalahan dilakukannya ketika sekolah.

Dalam pada itu, Azhan berkata, pengalaman dihukum dan dirotan yang diterimanya banyak memberi panduan dalam menjadi lebih baik.

"Hari ini saya bersyukur kerana sudah melalui macam-macam hukuman dan denda yang membolehkan saya menjadi 'orang' hari ini.

"Macam-macam lagi yang saya kena, setakat rotan pelbagai saiz, berdiri berjam-jam atas kerusi, lari pusing padang 8 round, ketuk-ketampi 300 kali sampai terkengkang naik tangga.

"Saya percaya semua itu menjadikan peringatan dan panduan untuk saya hari ni. Bagi saya, pokok pangkal terpulang kepada orang tua juga. Sejauh mana nawaitu menghantar anak-anak ke sekolah," katanya.

Azhan Rani , Terima Kasih Ibu

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain