Yana Samsudin kongsi pengalaman malu belikan makanan anak di bulan puasa, takut orang 'usha' pelik! - Hiburan | mStar

Yana Samsudin kongsi pengalaman malu belikan makanan anak di bulan puasa, takut orang 'usha' pelik!

Yana Samsudin kongsi pengalaman cabaran urus anak kecil di bulan Ramadan

PELAKON Yana Samsudin berkata dia pernah berasa malu ketika membelikan makanan untuk anaknya iaitu Aisy Mateen yang berusia tiga tahun pada bulan Ramadan.

Yana, 35, berkata, rasa malu itu membuatkan dia memberitahu jurujual bahawa makanan yang dibeli itu untuk anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin dipuji tolak bersalaman dengan ahli Running Man


Perkongsian Yana di Instagram.

"Tahu tak perasaan waktu begini kalau kita di luar dan tiba-tiba anak minta air? Dulu-dulu segan juga nak order air untuk anak, tak kisahlah drive thru atau beli di kedai.

"Ingat lagi kali pertama buat pesanan di drive thru tengah bulan puasa untuk Aisy Mateen, sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak," tulis Yana.

Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini bagaimanapun menjelaskan ia sekadar pengalaman yang pernah dilalui dalam membesarkan anak sulungnya itu.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin itu berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan menganggap ia sebagai tanggungjawab untuk memastikan anaknya tidak kelaparan.

Aisy Mateen kini berusia 3 tahun.

"Namun lama kelamaan saya sudah terbiasa dengan situasi tersebut, sudah dua tahun menjalani ibadah puasa dengan Aisy. Kalau kita malu kelak anak kita yang kebulur dan haus nanti.

“Jadi kesimpulannya, mak dan ayah sanggup buat apa sahaja demi anak mereka asalkan tidak kelaparan," tambah Yana.

Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Mereka dikurniakan anak lelaki pada 21 Julai 2016.

yana samsudin

Artikel Sebelum

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain