Nina Nadira dedah menangis beberapa malam sebelum masuk bilik bersalin - Hiburan | mStar

Nina Nadira dedah menangis beberapa malam sebelum masuk bilik bersalin

Nina mendedahkan pernah menangis beberapa malam kerana terlalu takut untuk bersalin.

PELAKON Nina Nadira mendedahkan perasaan takut untuk berdepan situasi melahirkan anak pertamanya membuatkan dia menangis sehingga beberapa malam sebelum memasuki bilik bersalin.

Nina atau nama sebenarnya Nina Nadira Naharuddin, 26, berkata, banyak perkara yang difikirkan sehingga pernah berasa belum bersedia menjadi seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ‘morning sickness’ tapi Nina Nadira sensitif dengan bau

"Sejujurnya saya rasa sangat takut dan bimbang sebaik dapat tahu yang saya mengandung.

"Macam-macam saya fikir. Bolehkah? Bersediakah? Dan beberapa minggu sebelum ke bilik bersalin saya menangis sehingga beberapa malam.

"Saya beritahu Farhan betapa takutnya saya untuk jadi seorang ibu," katanya.

Nina selamat melahirkan bayi pertamanya bernama Nina Lilyanna Ahmad Farhan pada 31 March lalu.

Terdahulu, Nina berkahwin dengan suaminya yang merupakan seorang arkitek iaitu Ahmad Farhan Rusman pada 29 Julai 2017.

Nina mendedahkan perasaan takut berdepan situasi melahirkan anak.

Bagaimanapun, jelas Nina, segalanya berubah sebaik melihat bayinya, Nina Lilyanna malah seronok menjaga cahaya matanya itu meskipun terpaksa berjaga sepanjang malam.

"Setiap kali saya tengok Lily rasa bersyukur sangat. Segalanya berubah.

"Malam Khamis lepas, Lily nak tidur atas saya sahaja dan saya tak boleh tidur sampai pukul 6 pagi tapi gembira tengok dia tidur atas saya.

"Tak tahulah macam mana, walaupun tak tidur saya tidak mengantuk langsung. Kuala Allah beri pada saya. Menjadi seorang ibu sememangnya suatu mukjizat buat saya," katanya.

Nina berkongsi pengalaman menjadi ibu sempena meraikan Sambutan Hari Ibu pada Ahad menerusi Insta story miliknya.

Nina berkongsi pengalaman menjadi ibu sempena meraikan Sambutan Hari Ibu.

Dalam pada itu, Nina menjelaskan dia beruntung kerana mempunyai suami serta ibu bapa yang banyak membantu meringankan tugasan dia menjaga si kecilnya itu.

"Tidur tak nyenyak, baby asyik menangis, penat macam mana pun saya enjoy menjaganya.

"Sudah tentu dengan bantuan suami dan ibu ayah saya juga. Alhamdulillah, kurang sedikit penat saya. Saya sangat-sangat bertuah. Terima Kasih Ya Allah.

"Apa sahaja yang saya lakukan hari ini, saya lakukan untuk Lily. Tiada ungkapan boleh menggambarkan betapa saya menyayangimu, sayang. Kepada ibu-ibu diluar sana, kita boleh lakukan ia. Selamat Hari Ibu," tulisnya.

Nina Nadira , Nina Lilyanna

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain