suria

“Saya bertekak dengan Mawi kerana watak lelaki lembut” - Along (Cham)

Pada mulanya Along enggan membawa watak sebagai lelaki lembut. Foto: GLENN GUAN.

PELAWAK dan pelakon Along (Cham) mendedahkan pada awalnya dia menolak watak lelaki lembut yang ditawarkan oleh pengarah filem Tiada Tajuk iaitu Mawi.

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 36, berkata dia berasa tidak yakin kerana belum pernah membawa watak seperti itu.

"Pada mulanya, saya bertekak juga dengan Mawi sebab saya tak pernah nak bawa watak lelaki lembut.

"Sebab kalau ikutkan drama telefilem Rock Sangkut, watak Kuswadi ini biasa sahaja seorang lelaki rock tapi bila tukar filem jadi lembut pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Along (Cham) harap anaknya dapat tarik bekas isteri kembali menutup aurat


Mawi, Along, Joey dan Hazama sebagai teraju utama filem Tiada Tajuk.

"Tapi saya terima watak itu sebab Mawi beritahu kalau bawa watak ni niat kita untuk beri manfaat dan Insya-Allah penerimaan orang akan berbeza," katanya kepada mStar Online.

Filem Tiada Tajuk yang diambil daripada telefilem Rock Sangkut sudah ditayangkan di pawagam bermula Khamis.

Menerusi filem arahan Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani itu, Along membawa watak sebagai Kuswadi yang merupakan seorang lelaki lembut meminati muzik rock.

Dalam pada itu, katanya, dia bimbang sekiranya watak tersebut menerima kecaman dan kritikan.

Barisan pelakon filem Tiada Tajuk.

Namun, Along bersyukur sepanjang penggambaran Mawi sentiasa membantunya mengawal dari segi sensitiviti masyarakat mengenai golongan LGBT.

"Saya sebenarnya bimbang kalau orang hentam saya sebabkan bawa watak itu. Sebab dalam kita jadi pelakon, orang tak kecam pembikin.

"Tapi orang hentam siapa yang melakonkan watak tersebut. Sedangkan kita sebagai pelakon ikut hala tuju daripada pengarah sahaja.

"Tapi alhamdulillah, Mawi banyak membantu saya setiap hala tuju watak itu supaya masih menjaga sensiviti masyarakat mengenai golongan LGBT ni," ujarnya.

Selain Along, filem itu turut dibintangi oleh Joey Daud, Hazama, Mawi dan Amira Othman.

Along Cham, Mawi, Tiada Tajuk

Artikel Lain