PU Amin tegur lampin dijadikan tudung, Sharifah Sakinah minta PM tepi! - Hiburan | mStar

PU Amin tegur lampin dijadikan tudung, Sharifah Sakinah minta PM tepi!

Mengenakan lampin di kepala tidak sesuai dengan akhlak sebagai orang Islam. Foto Instagram @pencetusummah_amin

PENDAKWAH bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin menegur tindakan ibu yang menggunakan lampin pakai buang menggantikan tudung di kepala anak-anak.

PU Amin berpendapat meskipun ia hanyalah gurauan atau berunsur parodi, namun ia bertentangan dengan adab menghormati anggota tubuh badan.

"Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam islam, menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

"Walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka, namun saya sedih ada ibu-ibu sanggup pakaikan anak-anak mereka dengan lampin di kepala semata-mata menjadikan ia sebagai bahan lawak.

Perkongsian PU Amin di Instagram.

"Maafkan saya... kepada ibu-ibu hentikan memakaikan lampin di atas kepala anak-anak anda yang mulia. Hormatilah kepala tempat sujud. Hormatilah kepala tempat istimewa," tulisnya di Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah ada memuat naik foto di Instagram dengan penampilan mengenakan lampin di kepala.

Ia mula menjadi ikutan pengikut dan ramai mengambil kesempatan menjadikan ia sebagai parodi.

Sementara itu, PU Amin berkata tegurannya itu adalah kerana bertentangan dengan akhlak seorang Muslim dan mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Gaya dikenakan oleh Sharifah Sakinah menjadi bahan gurauan di Instagram.

"Bila kita cakap nanti kata kita nak tumpang populariti, tak tegur besar kesannya pada generasi akan datang. Mengeluh panjang melihat sesuatu seperti ini dilakukan.

"Lampin adalah tempat buang najis, namun dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walaupun ia hanya sindiran dan bahan lawak, ini tidak kena dengan akhlak Islam. Semoga kita membesar dengan ilmu yang baik. Tidak zalim dengan diri kita.

"Kita tak selesa kalau kepala jadi bahan mainan, ditunjal, ditolak, tapi bagaimana boleh tempat buang najis boleh disarung di kepala? Allahu aneh!," ujarnya.

Gara-gara teguran tersebut, Sakinah turut meninggalkan komen dan meminta pendakwah tersebut menghubunginya secara peribadi di laman tersebut.

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain