suria

Kecederaan lutut tidak halang Luqman Hafidz dalam ‘Ola Bola The Musical Returns’

Luqman tetap mahu lakukan yang terbaik untuk teater Ola Ola The Musical Returns.

PELAKON Luqman Hafidz mengalami kecederaan pada lutut kanan atau Patellar Tendonitis yang menyebabkan pergerakkannya terbatas.

Menurut Luqman, 28, ada seseorang menasihatkan dia untuk tidak melakukan aksi sepenuhnya di pentas teater Ola Bola The Musical Returns supaya lututnya tidak menjadi semakin teruk.

Bagaimanapun, dia tetap mahu melakukan yang terbaik memandangkan barisan pelakon yang lain juga memberi sepenuh tenaga untuk teater tersebut.

"Untuk menjawab yang tanya fasal lutut kanan. 'Lutut kau ni overstress dik, ni Patellar Tendonitis ni, lagi banyak guna lagi sakit nanti, abang cadangkan kau jangan lakukan aksi sepenuhnya atas pentas, lagi teruk nanti,'"

"Aku senyum sambil jawab 'kalau kawan-kawan saya bagi sepenuhnya atas pentas, tak kan saya nak duduk sahaja bang.' Dia pun tersenyum sambil geleng kepala," tulisnya menerusi laman Instagram. 

Luqman mengalami kecederaan di lutut kanannya.

Luqman memegang watak sebagai Ali menerusi teater terbitan Enfiniti Production mula dipentaskan di Istana Budaya sejak 18 Februari lalu dan disambungkan pementasan sehingga Ahad.

Patellar Tendonitis merupakan kesakitan berpanjangan di bahagian tendon atau tisu yang terletak di bawah tempurung lutut sehingga menganggu pergerakkan seseorang itu dalam melakukan aktiviti.

Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta memberitahu dia tiada pilihan dan terpaksa memakai sokongan lutut ketika pementasan teater tersebut.

Malah, Luqman turut meminta peminatnya untuk berdoa yang baik-baik untuk kesemua barisan pelakon yang lain supaya minggu terakhir pementasan berjalan dengan lancar.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menonton teater Ola Ola The Musical Returns pada Sabtu lalu.

"Jadi memang terpaksa pakai sokongan lutut, tak ada pilihan lain. Setiap hari aku doa yang kaki aku mampu melangkah masuk keluar setiap persembahan sehingga tamat.

"Alhamdulillah ada lapan lagi persembahan bermula hari ini. Tapi korang jangan risau, kalau ada apa-apa yang terjadi aku dah pasang pengganti luar biasa, @dannysportingboy.

"Mohon doa yang baik-baik juga ya untuk kesemua pelakon yang lain supaya minggu terakhir ni dipermudahkan perjalanannya. Amin," ujarnya.

Selain Luqman, Ola Ola The Musical Returns turut dibintangi oleh Iedil Putra, Brian Chan, Abi Manyu, Jian Wen, Melissa Ong, Douglas Lim dan Altimet.

Ia turut diserikan dengan kemunculan pelakon Nabila Huda, Tony Eusoff dan Hafeez Mikail.

Artikel Lain