Farah Nabilah hantar mesej luah rasa sayang kepada anggota kumpulan Blue

Farah teruja dapat bergambar dengan salah seorang anggota kumpulan Blue iaitu Duncan James.

PELAKON Farah Nabilah meluahkan rasa teruja apabila dapat bergambar dengan anggota kumpulan Blue selepas menonton konsert mereka secara langsung pada Ahad lalu.

Farah atau Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata dia mendengar kesemua lagu-lagu kumpulan itu sejak di bangku sekolah dengan menggunakan MP3.

Malah, pelakon drama bersiri popular Titian Cinta ini juga mendedahkan dia mempunyai beberapa koleksi album Blue.

"Saya ambil gambar dengan kumpulan kegemaran saya sepanjang masa. Saya mendengar lagu-lagu mereka hampir setiap hari menggunakan MP3 ketika waktu sekolah dulu.

Farah kongsi foto bersama ahli kumpulan Blue.

"Dan saya ada beberapa album mereka!!! Tak boleh kawal momen menjadi fan-girling mereka!" katanya.

Farah berkongsi foto bersama tiga ahli Blue iaitu Duncan James, Simon Webbe dan Lee Ryan menerusi laman Instagramnya.

Blue yang dianggotai Duncan, Simon, Lee Ryan dan Antony Costa mengadakan konsert di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Farah juga mengakui ada menghantar mesej peribadi di laman sosial setiap ahli kumpulan tersebut dengan meluahkan rasa sayang terhadap mereka.

Selain Farah, Kilafairy turut dapat bergambar dengan anggota kumpulan Blue.

"Mereka sangat baik!!! Terlalu baik. Saya sebenarnya ada menghantar mesej peribadi kepada setiap anggota selepas konsert.

"Saya mengatakan yang saya sayang mereka. (Jangan menghukum)" ujarnya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya meluahkan rasa cemburu pelakon itu dipeluk anggota kumpulan Blue.

Selain Farah, selebriti Kilafairy turut berkongsi foto bersama kumpulan itu di laman Instagramnya.

Namun beberapa keping foton dia yang kelihatan mesra dengan anggota kumpulan itu menjadi tular dan mengundang kecaman netizen.

farah Nabilah, Blue, Kilafairy

Artikel Berkaitan

Artikel Lain