suria

Ahmad Dhani dipenjara, konsert di Kuala Lumpur tetap berlangsung

Ahmad Dhani dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya. Foto Ihsan DETIK.COM

PIHAK penganjur Dewa 19 Reunion Live in Malaysia iaitu Nizra Production menyangkal dakwaan konsert tersebut dibatalkan selepas ketua kumpulan itu, Ahmad Dhani dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.

Pengarah urusannya, Nik Iruwan berkata, konsert tersebut tetap akan berlangsung seperti dijadualkan pada 2 Februari ini dengan kehadiran dua vokalisnya, Ari Lasso dan Once Mekel.

"Kami ingin memaklumkan bahawa konsert itu akan diteruskan dan tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert seperti yang digembar-gemburkan.

Dewa 19 akan mengadakan konsert di Stadium Malawati Shah Alam pada 2 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 sebab konsert ‘reunion’ Dewa 19 harus ditonton

“Kami berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert tersebut akan tetap berlangsung.

"Dewa 19 akan terus memberikan persembahan terbaik buat semua," katanya.

Mahkamah Jakarta Selatan pada Isnin menjatuhkan hukuman tersebut selepas Ahmad Dhani didapati bersalah atas kesalahan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya.

Konsert tersebut akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada pukul 8.30 malam.

Ahmad Dhani, Dewa 19

Artikel Lain