suria

Dulu buang ubat, kini tak hantar anak ke sekolah, Suhaimi Saad kata, "Pergi sekolah, tak semestinya pandai"

Suhaimi yang memilih untuk menjalani kehidupan berbeza daripada orang lain mengundang kritikan netizen.

PERKONGSIAN bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad yang memilih untuk menjalani kehidupan berbeza berbanding orang lain menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, Suhaimi memuat naik status di media sosial menyatakan alasan dia tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan tindakannya itu mengundang kritikan ramai.

Suhaimi yang sebelum ini pernah dikecam gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin dan pernah membuang ubat hospital menjelaskan tahap pembelajaran dan kepandaian seseorang tidak semestinya bergantung kepada sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tak bersyukur buang ubat hospital, ini jawab suami Ina Naim!

"Tak ambil vaksin, tak semestinya anti vaksin. Tak ambil vaksin, tak semestinya tak sakit. Tak ada mesin basuh, tak semestinya cuci guna tangan.

Suhaimi menjelaskan pendidikan seseorang tidak semestinya diperolehi melalui sekolah sahaja.

"Tak pergi sekolah, tak semestinya tak belajar. Pergi sekolah, tak semestinya belajar dan pandai. Tak ada kelulusan, tak semestinya tak boleh kerja dan ada gaji yang bagus.

"Pergi sekolah dan ada sijil, belum tentu ada kerja yang bagus. Busking dan minta sumbangan, tak semestinya untuk diri sendiri," katanya.

Suhaimi memberitahu perkara itu menerusi laman Facebook selepas penjelasannya mengenai sebab dia tidak mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah menjadi tular.

Menurut Suhaimi, pemilihan cara hidup yang berbeza dengan keluarga lain tidak semestinya salah kerana baginya, mengikut cara hidup orang lain juga tidak semestinya betul.

Suhaimi memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Tambahnya lagi, seseorang yang bijak juga akan berfikir terlebih dahulu tanpa berburuk sangka terhadap orang lain sebelum menulis sesuatu perkara.

"Berbeza daripada orang lain belum tentu salah. Hidup ikut cara orang lain belum tentu betul. Orang yang bijak, dia akan fikir dulu sebelum menulis.

"Kalau tak pasti atau tak perlu, dia akan elakkan. Yang suka berburuk sangka sebelum kenal, menulis dulu baru fikir.

"Pastikan perkara sebenar hanyalah pembenci dan netizen yang kurang cerdik. Sebab tu ss sekat dan padam," ujarnya.

Suhaimi yang mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie EL Fardie, 11, Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7 dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Suhaimi Saad, Ina Naim

Artikel Lain