"Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan mohon maaf mahu tampar Najib

Chef Wan mohon maaf di Instagram miliknya.

TUKANG masak terkenal Chef Wan membuat permohonan maaf selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Menerusi laman Instagramnya pada Isnin, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengakui kenyataan itu dibuat dalam keadaan marah.

"Kepada Datuk Seri Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana saya gunakan bahasa kasar di waktu saya merasa amat marah!

"Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri untuk mengaku kesilapan diri kita seperti yang saya lakukan pagi ini. Ya saya mengaku  silap bila di rasuk syaitan dan naik marah!,” ujarnya.

Dalam pada itu Chef Wan berkata, ahli politik seharusnya dapat menerima kritikan secara terbuka dan rasa hormat.

Chef Wan membuat permohonan maaf di Instagramnya pagi Isnin.

Bagaimanapun, dia tidak mahu menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan Najib kepada negara ini.

Selain itu, Chef Wan turut  meminta penyokong Najib tidak menjadi batu api berhubung kenyataan yang menjadi kontroversi itu.

"Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib) dan itu sahaja!

"Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,”  ujar Chef Wan.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Chef Wan berkata mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai pada Ahad.

Chef selebriti itu tidak merestui langkah Felda semasa ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah. Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN 'merompak' agensi terbabit sehingga bankrap.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Chef Wan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak sehingga Facebook Go Shop dimana dia menjadi duta turut diserang netizen.

Chef Wan, Najib Razak

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain