suria

Fizo Omar akui babak kematian di kubur banyak beri pengajaran, mudah menangis

Fizo terkesan apabila melakonkan babak kematian di kubur.

PELAKON Fizo Omar mengakui penggambaran babak kematian di kubur sentiasa memberi kesan mendalam buat dirinya sebagai pelakon.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia bersyukur dunia lakonan telah memberi banyak pengajaran kepadanya.

"Setiap kali ada babak kematian di kubur pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada aku sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketika jatuh baharu Fizo rasa nikmat bahagia


Dunai lakonan banyak memberi pengajaran kepada Fizo.

"Alhamdulillah kerja lakon memberi banyak pengajaran secara tidak langsung bila mana untuk menghayati watak dan momen kehilangan seseorang yang kita sayang," katanya.

Aktor berusia 34 tahun ini turut memuat naik foto ketika dia sedang menjalani penggambaran di kawasan perkuburan di laman Instagram miliknya.

Menurut Fizo, dia boleh melakonkan babak mengalir air mata dengan hanya membayangkan saat seorang ibu meninggal dunia dan rasa serba salah.

Biarpun seseorang itu mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya namun sudah pasti pernah mengguris hati serta mengabaikan tanggungjawab sebagai anak apabila sudah berjaya.

Fizo bersama anak dan isterinya.

"Bila membayangkan pemergian seorang ibu, tidak perlu menghayati watak lagi, terus mengalir air mata sedih dan rasa bersalah terhadap ibu kita.

"Kita sebagai anak, baik manapun hubungan dengan ibu, pasti pernah mengguris hatinya, apatah lagi yang mengabaikan tanggungjawab sebagai anak apabila sudah berjaya ataupun sibuk mengejar duniawi masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini mengatakan seseorang itu memerlukan keredaan seorang ibu daripada mengejar duniawi yang tiada penghujungnya.

"Persoalannya adakah kita sudah bersedia akan kehilangan ibu kita, adakah dia akan pergi dalam keadaan kita mendapat reda daripada ibu?

"Duniawi yang dikejar tak akan ada penghujungnya, reda ibu pasti memberikan nikmat duniawi yang kita kejar. Wahai anak, kita tak akan disini sekarang ni tanpa seorang ibu," katanya.

Fizo Omar

Artikel Lain