suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kurang ajar dan menjengkelkan” - Sufian Suhaimi berang peminat ambil gambar senyap-senyap

Sufian Suhaimi terbuka sekiranya ada peminat yang menegurnya untuk mengambil gambar. Foto Instagram @sufiansuhaimi

PENYANYI Sufian Suhaimi menegur sikap segelintir peminat yang gemar mengambil gambarnya secara sembunyi walaupun mereka sebenarnya boleh menyapanya untuk berbuat demikian.

Malahan, Sufian menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang ajar dan menjengkelkan terutamanya apabila dia sedang menghabiskan masa bersama keluarga.

"Tolonglah, jangan ambil gambar senyap-senyap kalau dah ada depan-depan.

"Saya rasa itu rude dan annoying. Lagi-lagi bila saya bersama keluarga," katanya di Instagram.

Sufian membuat teguran itu di Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna luah sikap memalukan peminat ambil gambar ‘curi-curi’

Dalam pada itu, Sufian berkata, dia tidak akan menolak hasrat peminat untuk bergambar dengannya jika seseorang itu membuat permintaan dengan cara yang baik.

Kata Sufian, bukan satu kesalahan untuk menegurnya terlebih dahulu berbanding merakamkan gambarnya secara sembunyi.

"Tegurlah. Minta baik-baik. Saya suka je," katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna pernah meluahkan perkara sama dan menghargai sekiranya peminat memberinya ruang privasi apabila berada di tempat awam.

Sufian Suhaimi

Artikel Lain