Aishah Azman, Syafie Naswip rancang bertunang tapi belum ada tarikh - Hiburan | mStar

Aishah Azman, Syafie Naswip rancang bertunang tapi belum ada tarikh

Aishah tidak mahu berkongsi perkara yang belum ada pengesahan lagi. Foto Instagram: @aishahazman.

PELAKON Aishah Azman memberitahu dia dan kekasihnya Syafie Naswip masih belum menetapkan tarikh pertunangan dan perkahwinan mereka.

Aishah atau Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, berkata dia tidak mahu berkongsi perkara yang tiada pengesahan kerana belum ada perbincangan antara keluarga.

"Buat masa kini, kami belum ada tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan perkahwinan tapi perancangan itu ada la.

"Sebab keluarga saya dan keluarga dia pun belum berjumpa dan berbincang apa-apa mengenai perkara itu. Tak tetapkan apa-apa tarikh pun lagi.

Aishah dan Syafie belum ada tarikh untuk bertunang dan berkahwin.

"Saya tak nak nanti saya kongsi benda yang tak ada pengesahan kemudian keluarga kami baca apa pula kata mereka," kata Aishah kepada mStar Online.

Aishah diminta mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan dia dan Syafie bakal melangsungkan majlis pertunangan tidak lama lagi.

Aishah dan Syafie, 27, mula berkawan sejak tiga tahun lalu menerusi laman sosial Instagram. Mereka terbuka berkongsi mengenai hubungan serius itu sejak tahun lalu.

Menurutnya, mereka akan berkongsi berita gembira dengan peminat-peminat apabila semuanya sudah ditetapkan.

Aishah ceburi bidang pengacaraan.

Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin 100 Hari ini sudah mula mengorak langkah dalam bidang pengacaraan.

Kata adik kepada pelakon Afiq Muiz ini, dia pernah menerima beberapa tawaran untuk mengacara program namun tidak dapat melakukannya disebabkan jadual padat.

"Alhamdulillah, rezeki dan peluang untuk mengacara sebuah program buat pertama kali untuk tahun ini. Memang teruja dan dalam pada masa yang sama gementar juga.

"Sebelum ini, saya pernah dapat beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan tapi tak dapat nak buat sebab jadual terlalu padat," ujarnya.

Aishah Azman , Syafie Naswip

Artikel Lain