“Kalau tahun 1990-an dah ada IG, Fattah Amin pun kalah” - Nico G - Hiburan | mStar

“Kalau tahun 1990-an dah ada IG, Fattah Amin pun kalah” - Nico G

Nico G masih popular dalam kalangan peminat biarpun sudah 26 tahun menceburi bidang seni.

SELEPAS 26 tahun mencetuskan irama muzik rap dan hip hop di Malaysia, kumpulan Nico G masih mengekalkan kedudukannya sebagai antara nama yang masih mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Inilah Nasibku yang dilancarkan pada 1993 menjadi lagu ikonik mereka malah kata salah seorang anggotanya, Abdul Fashah Abdul Aziz atau Nico lagu itu memainkan peranan penting dalam mengekalkan nama mereka dalam peta industri muzik sehingga kini.

Mengimbau zaman kegemilangan mereka, Nico berkata, dia teringat kisah mendapat surat daripada peminat berguni-guni sehingga memenuhi bilik di rumah mereka ketika itu.

"Kalau zaman 1990-an sudah ada Instagram, Fattah Amin pun kalah dari segi pengikut!

"Malah dulu pun surat yang kami dapat daripada peminat sampai penuh satu bilik! Apabila dikenangkan kembali ketika itu memang 'gila'... Sampai tidak terbaca dan terbalas surat-surat tersebut," katanya.

Nico G bakal tampil dengan enam buah lagu baharu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Nico berkata, dia bersama ahli kumpulan lain tidak pernah berasa jemu menyanyikan lagu tersebut sepanjang 26 tahun bergiat aktif dalam bidang seni kerana karya itu sudah sinonim dengan mereka.

Katanya lagi, sekiranya mereka tidak menyanyikan Inilah Nasibku persembahan mereka bagaikan tidak lengkap dan akan membuatkan peminat marah.

"Kami mungkin tidak banyak senarai lagu popular yang kekal malar segar sehingga hari ini tetapi Inilah Nasibku... Lagu itulah yang mengekalkan nama kami sehingga ke hari ini.

"Jemu atau tidak kami perlu nyanyikan lagu itu setiap kali buat persembahan dan ia sentiasa mengembalikan memori ketika zaman 1990-an," ujarnya.

Nico dianggotai oleh Dino (kiri), Nico dan Affa.

Sementara itu, salah seorang lagi anggotanya, Muzaffar Shah Baharin atau Affa memberitahu itu bukan bererti mereka tidak mahu tampil dengan karya terbaharu sebaliknya memberitahu sedang menyiapkan enam buah lagu.

Kata Affa, bagi menarik minat pendengar baharu dan mengikut citarasa masa kini, mereka bekerjasama dengan enam penerbit berbeza.

"Insya-Allah kami akan tampil dengan lagu baharu tidak lama lagi dan kami bekerjasama dengan komposer dan penerbit baru yang mempunyai pelbagai cita rasa berbeza dalam muzik.

"Sebab itu kami guna enam penerbit berbeza agar setiap lagu itu nanti membawa kelainan selain sesuai dengan citarasa penggemar muzik rap masa kini," katanya.

Selain Nico dan Affa, Nico G turut dianggotai oleh Shah Rosli atau Dino.

Nico G , Inilah Nasibku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain