suria

Tahniah isteriku - Rody timang cahaya mata lelaki

Rody dan Niena Azman menimang cahaya mata pertama pada Isnin. Foto Instagram @rodykristal

ISTERI kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Nur Izwani Azman atau Niena selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam Isnin.

Rody memberitahu isterinya yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan bersalin secara normal kira-kira pukul 9.34 malam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

"Alhamdulillah... 9.34 malam tadi telah selamat anakku, boy dilahirkan secara normal ke dunia.

"Tahniah isteriku Niena Azman... Love you all," tulisnya di Instagram.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 33 dan Niena berkahwin pada 27 April tahun lalu.

Rody, Niena Azman

Artikel Lain