"Kalau boleh nak muat naik selalu, tapi riyak la pula" - Anzalna kongsi 'result' 4 Flat adik, mahu beri inspirasi - Hiburan | mStar

"Kalau boleh nak muat naik selalu, tapi riyak la pula" - Anzalna kongsi 'result' 4 Flat adik, mahu beri inspirasi

Anzalna menganggap pelajaran sangat penting.

PELAKON Anzalna Nasir menegaskan walaupun seseorang itu memiliki wajah yang cantik dan latar belakang keluarga berada, namun pelajaran tetap menjadi keutamaan.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkata ibu dan bapanya tidak pernah memaksa dia dan adik-beradiknya lain untuk belajar bersungguh-sungguh, tetapi mereka tetap mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Menurut Anzalna, kejayaan seseorang datang dari dalam dirinya sendiri dengan memberi contoh adiknya, Nazirah Nasir yang mengikuti program Bachelor Sains Bioperubatan mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00.

"Tidak kira cantik atau kaya macam mana pun kamu, pelajaran sangat penting. Ibu bapa saya tak pernah paksa kami adik-beradik belajar bersungguh-sungguh.

Anzalna berkongsi keputusan cemerlang adiknya.

"Semuanya datang dari dalam dan Alhamdulillah kamu berjaya lakukannya sekali lagi @nazirahnasir97," kata Anzalna menerusi laman Instagram miliknya.

Anzalna turut memuat naik paparan skrin keputusan cemerlang adiknya itu yang mendapat keputusan semua A dalam lima subjek yang diambilnya.

Bagaimanapun Anzalna berkata dia berkongsi keputusan tersebut bukan kerana ingin riyak, namun mahu memberi peluang kepada sesiapa yang ingin bertanya kepada adiknya mengenai tip belajar.

Anzalna memuji adiknya, Nazirah (dua dari kiri).

Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Aurora ini dalam posting yang sama juga berseloroh menyatakan keputusannya dalam peperiksaan lebih hebat berbanding adiknya.

"Kalau boleh nak muat naik selalu keputusan dia tapi riyak la pula. Bukan apa, sekurang-kurangnya anda semua boleh DM @nazirahnasir97 minta kongsi tip belajar walaupun dia tak sehebat saya! Nak juga!" katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut mengucapkan tahniah kepada Nazirah yang memperoleh keputusan cemerlang.

Anzalna Nasir , Nazirah Nasir

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?