suria

Perlu buat persiapan awal elak gemuruh - Hasnul Rahmat

Hasnul sentiasa buat persiapan awal sebelum memasuki set penggambaran. Foto Instagram: @hasnulrahmat.

KUALA LUMPUR: Pelakon Hasnul Rahmat mengakui setiap watak antagonis mahu pun protagonis mempunyai kesukaran untuk menjiwainya.

Hasnul, berkata seorang pelakon itu perlu membuat persediaan awal supaya watak tersebut berjaya dihayati.

"Sebenarnya dua-dua watak itu ada kesukarannya. Bergantung pada bagaimana seseorang itu mahu menjayakan watak tersebut.

"Seperti kita nak ambil peperiksaan. Kalau kita tak buat persiapan, sudah pasti akan rasa gemuruh.

Hasnul akan pastikan membuat kajian mengenai watak yang diterima terlebih dahulu. Foto: SHAARI CHEMAT.

"Tapi kalau ada persiapan, kita boleh buat yang terbaik. Sebab itu persediaan awal itu sangat penting," katanya kepada mStar Online.

Hasnul ditemui ketika majlis pelancaran talian GSC Helpline di Pavilion, di sini pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hasnul berkongsi pengalaman pertama bekerjasama dengan pelakon Zizan Razak menerusi filem Polis Evo 2.

Katanya, dia boleh nampak kerja keras dan kesungguhan pelawak itu ketika menjalani penggambaran filem tersebut.

"Saya pertama kali berlakon dengan Zizan. Nampak dia mengelabah macam tak ada apa-apa tapi sebenarnya saya tahu dia gemuruh.

Hasnul pertama kali bergandingan dengan Zizan menerusi filem Polis Evo 2. Foto: SHAARI CHEMAT.

"Tapi bagus sebab dia nampak serius. Maksudnya, dia bekerja keras sebab tahu kena berlakon dengan barisan pelakon yang hebat.

"Zizan suka berikan tenaga kepada semua dan dia seorang pelakon yang bagus sebab boleh bekerjasama dengan semua orang," ujarnya.

Selain mereka, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan pelakon Indonesia iaitu Raline Shah.

Filem sekuel aksi ini sudah mula ditayangkan seluruh pawagam bermula 22 November lalu dan mendapat sambutan yang hangat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain