suria

“Isteri saya selamat lahirkan bayi lelaki” - Putra Amaris

Isteri Amaris selamat lahirkan bayi lelaki pada Selasa lalu.

PELAKON Putra Amaris meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Syazwani Alias selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa lalu.

Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 32, memohon peminat agar mendoakan anaknya membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby boy pada 20/11/2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat Hajat, Istiharah Dulu - Putra Amaris

ARTIKEL BERKAITAN: Apa motif Amaris ‘himpit’ Vida selepas PA dipecat?


Amaris luah rasa syukur menerusi laman sosialnya.

"Mohon doa daripada kalian anak kami membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh pejuang agama Allah, insha-Allah," katanya.

Amaris berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin, hampir seminggu anaknya dilahirkan dan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah.

"Tahniah kepada awak dan isteri menerima kehadiran bayi lelaki. Semoga berjaya untuk anda berdua.

"Alhamdulillah, tahniah @amaris.official. Semoga jadi suami dan bapa yang baik. Semoga isteri cepat sihat, bayi membesar menjadi anak soleh.

Amaris dan isteri dikurniakan bayi lelaki.

"Alhamdulillah syukur, tahniah @amaris.official & isteri. Semoga semakin ceria dan mengerat kasih sayang yang berpanjangan," komen beberapa pengikut di laman sosial.

Amaris dan Syawani bertunang pada 13 Ogos 2017 dan berkahwin pada 5 Januari 2018 di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Sebelum ini, Amaris pernah didakwa sengaja mendekati usahawan kosmetik Datuk Seri Vida kerana mempunyai niat tersembunyi.

Menerusi laporan mStar Online pada 4 Julai lalu, Amaris berkata dia ikhlas untuk bekerjasama dengan pengasas produk Pamoga itu.

Putra Amaris, Datuk Seri Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain