suria

Panik! Anak dalam kandungan Shakila Khoriri songsang

Fizi Ali dan Shakila sedang menanti kelahiran anak pertama mereka. Foto Instagram @fizialisuria

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali memberitahu dia panik apabila isterinya, aktres Shakila Khoriri tiba-tiba mengalami muntah secara berterusan beberapa hari lalu.

Fizi berkata, Shakila juga mengadu perutnya berasa keras sebelum dia bergegas membawa isterinya ke klinik kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan yang sudah memasuki usia enam bulan.

"Semasa tengah tidur Shakila tiba-tiba berlari ke tandas dan mengalami muntah-muntah... Sampai empat ke lima kali dia muntah.

"Hairan juga saya mengapa dia tiba-tiba muntah begitu selain Shakila mengadu perutnya berasa keras.

Pasangan ini berkahwin pada 18 Februari lalu.

"Tidak mahu mengambil risiko saya bergegas membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan selepas membuat pemeriksaan doktor memberitahu Shakila mengalami keracunan makanan," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Fizi, kebimbangannya tidak berakhir di situ apabila doktor memberitahu bayi dalam kandungan isterinya berada dalam keadaan songsang.

Katanya lagi, doktor memintanya tidak berasa panik kerana ia boleh berlaku kepada ibu mengandung dan bayi kebiasaannya akan berputar kepada kedudukan asal.

Fizi memberitahu keadaan Shakila kini semakin pulih.

"Kami yang tiada pengalaman sudah tentu berasa risau dengan keadaan itu tapi doktor beritahu jangan bimbang.

"Alhamdulillah keadaan Shakila pun semakin pulih selepas dimasukkan air dalam badan namun masih demam apabila tiba waktu malam," ujarnya.

Shakila kini sedang hamil enam bulan dan pasangan itu dijangka menimang cahaya mata pertama Mac tahun hadapan.

Fizi dan Shakila, masing-masing berusia 29 tahun berkahwin pada 18 Februari lalu.

Shakila Khoriri, Fizi Ali

Artikel Lain