suria

Mak nyah dedah lagu ‘Bekas Kekasih’ nyanyian Tomok beri kesan

Tomok melakonkan watak sebagai mak nyah dalam muzik video lagu terbaharunya, Bekas Kekasih.

DI SEBALIK kontroversi lagu terbaharu Tomok berjudul Bekas Kekasih yang mendapat kecaman netizen kerana dia berpakaian wanita, terselit juga kebaikan apabila ia memberi keinsafan kepada golongan tertentu.

Seorang pengguna YouTube yang juga bekas mak nyah memberitahu lagu tersebut benar-benar memberi kesan kepadanya.

Katanya lagu tersebut mempunyai persamaan dengan kisah silamnya dan dia mendedahkan pernah terfikir untuk mengubah jantinanya kerana telalu mengikutkan perasaan.

"Saya jadi mak nyah tiga tahun yang lalu... Saya tidak tahu kenapa saya terlalu bodoh untuk pilih jalan songsang itu.

Beto Kusyairy turut berlakon dalam muzik video Bekas Kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok... Ia bukan cara berdakwah! Haram tetap haram! - PU Amin

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah tetap saya... tapi cuba tengok dulu” - Tomok komen teguran ustaz

"Lagu ini hampir sama dengan kisah silam saya dan Alhamdulillah saya dah tak buat lagi benda terkutuk itu.

"Pernahlah juga dulu terfikir nak ubah jantina. Nasib aku masih waras untuk tidak melakukan benda itu. Doakan saya," tulisnya di ruang komen muzik video lagu itu di YouTube.

Tomok memuat naik komen peminat di Instagram. 

Tomok turut berkongsi pengakuan individu tersebut di Instagram miliknya selain menyatakan rasa syukur dengan perubahan lelaki tersebut.

Sejak ia dilancarkan pada 7 November lalu, Bekas Kekasih telah mendapat tontonan sebanyak 700,000 dan kini menduduki tangga keempat carta trending YouTube.

Bagaimanapun rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Tomok berpakaian wanita yang dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawanan jantina.

Malah PU Amin turut memberi reaksi dengan berkata ia bukan cara Tomok berdakwah dan perbuatannya berpakaian wanita dalam kip video lagu tersebut tetap haram hukumnya.

Lagu Bekas Kekasih adalah ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Tomok, Bekas Kekasih

Artikel Lain