suria

Singkap gejala rasuah ‘One Two Jaga’ tidak jatuhkan imej polis

Pelakon Indonesia Ario Bayu dan Asmara Abigail terlibat menjayakan filem ini.

FILEM One Two Jaga yang mendedahkan sisi gelap dunia kepolisan dalam gejala rasuah bukan bertujuan menjatuhkan imej badan beruniform itu.

Penerbitnya Bront Palarae berkata, ia berkisar tentang apa yang dilalui dalam masyarakat dan boleh memberi kesedaran kepada umum.

"Kali pertama memang kertas cadangan filem ini ditolak tapi bila kita jelaskan visi dan tujuan barulah diluluskan, itu pun selepas beberapa kali dirombak.

"Saya akui agak mencabar kerana penggambaran tertangguh disebabkan perlu menunggu skrip yang diluluskan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kisah rasuah yang berlaku dan badan uniform itu bukan perkara baru dan pihak mereka turut sedang memeranginya,” ujarnya.

Barisan pelakon dan pengarah yang terlibat menjayakan filem ini.

Bront ditemui pada majlis pratonton filem One Two Jaga yang diadakan di One Utama, pada Khamis.

Filem yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail bakal ditayangkan pada 6 September ini.

Menurutnya, kisah yang diceritakan dalam filem tersebut berkaitan pendatang tanpa izin Indonesia dan Filipina, pergaduhan dan peras ugut perkara yang berlaku dan diceritakan orang disekelilingnya.

Sementara itu, penggunaan bahasa yang kasar yang terpaksa di sensor adalah bagi menghidupkan karakter-karater dalam filem tersebut.

Bront Palarae sebagai penerbit filem One Two Jaga.

"Kami membenarkan pelakon membawa watak tersebut sebaik mungkin dan memang ada keluar kata-kata kesat dan tidak sepatutnya yang terpaksa kami sensor,” ujarnya.

Pelakon Ola Bola ini berharap filem berkenaan dapat meneruskan momentum filem Hantu Kak Limah dan Munafik yang mendapat kutipan tinggi.

"Saya percaya filem ini akan diterima dan selepas filam Hantu Kak Limah dan kini Munafik orang dan kembali percaya untuk menonton filem Melayu di Pawagam.

"Saya harap mereka beri peluang kepada filem ini pula," ujarnya.

Selain itu juga, karya arahan Nam Ron itu turut bertanding dan akan ditayangkan dalam Festival Filem Udine Far East 2018 di Itali yang berlangsung pada 20 April hingga 28 April tahun depan.

One Two Jaga

Artikel Lain