“Dia dah sedia nak kahwin” - Tajul komen status wanita misteri bersamanya - Hiburan | mStar

“Dia dah sedia nak kahwin” - Tajul komen status wanita misteri bersamanya

Tajul belum fikir untuk berkahwin kerana ingin menumpukan pada kerjaya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tajul Ariff masih memberi jawapan yang sama mengenai dakwaan kononnya dia sudah berkahwin.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, berkata dia sudah mempunyai kekasih namun belum memikirkan untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya.

"Komen saya masih sama sebab sebelum ini pun saya dah jelaskan semuanya. Status saya sudah berpunya tapi belum berkahwin.

"Buat masa sekarang, belum fikir ke tahap situ lagi. Masih mencari waktu yang sesuai. Saya nak selesaikan kerja dahulu," kata Tajul kepada mStar Online.

Tajul ditemui ketika sidang media Big Stage di Chamber 3 KL, di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terlepas cakap, mengaku sudah berkahwin


Tajul mengenali kekasihnya sejak di bangku sekolah rendah.

Kata penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini, kekasihnya sudah bersedia untuk berkahwin namun wanita itu memahami kehendaknya yang ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

"Memang dia sudah bersedia tapi saya yang nak tunggu dulu. Alhamdulillah, dia seorang yang memahami dan dia bukan 'queen control'," ujarnya.

Menurut Tajul, dia mengenali wanita itu sejak di bangku sekolah rendah lagi namun mula menjalinkan hubungan cinta selepas tamat persekolahan.

"Sebenarnya saya kenal dia ketika kami sekolah rendah lagi. Tapi dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya pula di Negeri Sembilan.

"Kebetulan saya selalu ke rumah bapa saudara dan rumah mereka berdekatan. Tapi saya mula rapat dan bercinta dengan dia selepas tamat persekolahan," katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video menyaksikan dia membeli pakaian hari raya dengan mendakwa wanita di sebelah ialah isterinya dan kenyataan itu mengundang persoalan ramai mengenai status sebenar Tajul.

Barisan peserta dan juri tetap Big Stage.

Dalam pada itu, Tajul bakal berentap dengan sembilan penyanyi muda menerusi program realiti terbaharu iaitu Big Stage.

Tajul memberitahu tujuan dia menyertai program tersebut kerana ingin mencabar dirinya dan memperbaiki kelemahan dalam nyanyian.

"Saya sertai program ini sebab nak cabar diri. Selain itu, saya juga dapat belajar perkara baharu.

"Bagi saya, kritikan yang akan diberikan juri itu boleh membantu saya memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam nyanyian," katanya.

Selain Tajul, peserta terdiri daripada Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie bakal berentap di pentas Big Stage yang akan bermula 5 Ogos depan pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Tajul Ariff , Big Stage

Artikel Sebelum

Fauzi Nawawi dapat anak kelapan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain