suria

Fauzi Nawawi dapat anak kelapan

Lisda selamat melahirkan bayi lelaki.

PELAKON Lisdawati selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 10 malam di sebuah pusat perubatan pada Selasa.

Suaminya pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi memaklumkan bayi seberat 3.54 kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat," katanya kepada mStar Online.

Lisda bersalin anak lelaki.

Ia merupakan anak kelapan bagi Fauzi Nawawi iaitu masing-masing empat orang bersama Lisdawati dan empat lagi bersama perkahwinan terdahulu.

Sementara itu Lisda menerusi laman sosial Instagramnya turut mengucapkan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

"Syukur Alhamdulillah atas doa semua," katanya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 39, belum bersedia untuk berkongsi nama anak keempatnya itu kepada umum.

Muhammad Fazreez Hazwan, salah seorang anak Fauzi Nawawi daripada perkahwinan terdahulu yang turut bergelar artis.

Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Salah seorang anak hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Muhammad Fazreez Hazwan, 20, merupakan seorang penyanyi dan pernah meyertai Mentor Milenia  terbitan TV3 pada 2016.

Dalam rancangan itu Muhammad Fazreez Hazwan menjadi protege kepada Hazama dan mereka memperoleh wang tunai RM100,000 selepas memenangi pertandingan berkenaan.

Lisdawati

Artikel Lain