suria

“Saya orang kampung, takkan tak pandai masak” - Puteri Aishah

Puteri Aishah dia boleh memasak dan sentiasa meluangkan masa membantu di dapur setiap kali hari raya. Foto Instagram @puteriaishah

SETIAP kali tiba Aidilfitri kebiasaannya kaum wanita adalah orang paling sibuk di dapur menyediakan pelbagai juadah untuk dihidangkan kepada tetamu.

Pelakon cantik, Puteri Aishah memberitahu statusnya sebagai selebriti tidak pernah menghalangnya untuk membantu di dapur menyiapkan hidangan.

Malah katanya, setiap kali hari raya dia akan mengambil tanggungjawab memasak beberapa hidangan termasuk resipi istimewanya, sambal sotong.

Puteri Aishah beraya di Port Dickson.

"Siapa kata saya tak pandai masak? Saya orang kampung, takkan tak pandai masak?

"Tidaklah hebat, tetapi boleh memasak dan membantu di dapur setiap kali hari raya.

"Kebiasaannya keluarga kami memang akan bakar lemang sendiri selain saya akan masak sotong sambal resipi istimewa saya," katanya yang menyambut hari raya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri, Puteri berkata, dia hanya bercuti selama empat hari dan kembali memasuki set penggambaran drama bersiri Terima Aku Seadanya pada Isnin.

Puteri bergandingan dengan Nazim dalam drama Terima Aku Seadanya.

Kata Puteri, drama yang menggandingkannya dengan Nazim Othman itu mencabar dirinya kerana memerlukan dia memakai sut bagi menjayakan watak sebagai Kemalia yang berbadan gempal.

"Setiap hari hampir dua ke tiga jam juga nak siapkan solekan dan memakai sut itu... memang panas tambahan pula apabila berlakon dalam keadaan berpuasa.

"Tetapi saya sangat seronok memegang watak itu kerana ia sangat berbeza dan mencabar," ujarnya.

Puteri Aishah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain