Program tiru gaya wanita seperti ‘Mak Jemah’ perlu dihentikan - Hafiz Hamidun - Hiburan | mStar

Program tiru gaya wanita seperti ‘Mak Jemah’ perlu dihentikan - Hafiz Hamidun

Hafiz minta hentikan program tiru gaya wanita.

PENYANYI Hafiz Hamidun menyarankan agar program-program meniru gaya wanita perlu dihentikan segera berikutan ia kini memberi pengaruh negatif kepada masyarakat.

Hafiz, 34, berkata, perkara itu hanyalah memberi teladan yang salah biarpun sekadar hiburan semata-mata.

"Ini perlu dihentikan, cukup-cukuplah bagi tauladan yang salah pada masyarakat.

"Cukuplah tak payah dah Mak Jemah dalam radio Era Fm, Faiz Dickie punya Sarabanon, Ucop punya parodi (hanya segelintir disebut). Walaupun sekadar hiburan tapi ini natijahnya," ujarnya pada Rabu.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua itu memberi reaksi terhadap video personaliti media sosial Faiz Roslan yang dianggap keterlaluan.

Faiz Roslan.

Faiz menerusi siaran langsung di Instagram secara terbuka mengakui dia dan rakan-rakannya tidak berpuasa dengan alasan tidak menunaikan solat selain turut berkongsi visual rakannya sedang menikmati kentang goreng.

Perkara itu menimbulkan kemarahan masyarakat yang menganggap dia membuka aib sendiri dan perlu ditegur.

Sementara itu, Hafiz mengingatkan Faiz agar tidak berasa bangga dengan perbuatan buruk tersebut.

Ia bukan sahaja dibenci Allah, malah masyarakat turut tidak boleh menerima perbuatan itu.

"Nanti bila orang tuduh kamu macam-macam, melenting pulak. Muat naik video, minta ramai-ramai pulak sokong perbuatan itu. Pengajarannya, simpan dosa anda untuk diri sendiri. Jangan bangga dengan dosa.

"Bukan saja Allah tak suka, semua manusia benci," ujarnya.

Awal Ramadan lalu, Faiz dikecam teruk apabila memuat naik video parodi tarian berpakaian wanita di akaun Instagramnya.

Tindakan Faiz itu turut ditegur keras oleh pelakon Sharnaaz dan pendakwa selebriti Da'i Wan Dazrin.

Hafiz Hamidun , Mak Jemah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini