suria

Fattah Amin baru sekali berbuka puasa dengan Fazura

Fattah Amin dan Fazura begitu sibuk di bulan Ramadan.

PERTAMA kali menyambut Ramadan dengan status sebagai seorang suami, pelakon Fattah Amin mendedahkan dia baru sekali dapat berbuka puasa dengan isteri, aktres Nur Fazura.

Fattah menjelaskan kesibukan mereka memenuhi komitmen kerja sepanjang bulan Ramadan membataskan perancangan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama.

Pun begitu kata Fattah, dia tidak merungut kerana setiap peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin untuk menghabiskan masa bersama isteri pada bulan Ramadan.

"Apabila bergelar suami memang rasa bersyukur kerana waktu sahur ada teman, isteri masakkan.

Fattah sibuk dengan pelbagai komitmen sepanjang Ramadan.

"Tetapi jujur saya beritahu, sepanjang Ramadan baru sekali kami dapat berbuka puasa bersama dan itu pun bersama keluarga.

"Sepanjang Ramadan memang kami terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen dan apabila ada peluang bertemu memang akan gunakan masa sebaik mungkin," katanya.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu meraikan 40 peminat yang turut memperlihatkan dia sebagai duta jenama tersebut.

Bercakap mengenai persiapan hari raya, Fattah berkata ia dilakukan secara sederhana dan akan pulang ke kampung Fazura di Pekan, Pahang sebelum ke rumah keluarganya di Bagan Datuk, Perak.

Fattah bersama peminat ketika meraikan mereka dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran King Koil.

"Mungkin sebelum raya saya akan balik ke Pekan dahulu dan kemudian ke Bagan Datuk.

"Saya jenis tak kisah pun tak balik kampung saya dahulu, mana-mana pun okay, janji kita balik ke kampung kedua-dua belah pihak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah baharu sahaja melancarkan lagu raya berjudul Syawal Kali Ini dan akan sibuk mempromosikan single terbaharunya itu.

Selain itu, Fattah berkata, filem terbaharunya, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof masih dalam penggambaran namun babak melibatkannya hanya akan bersambung selepas Aidilfitri.

Fattah Amin, Fazura

Artikel Lain