suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Zainal Abidin kemalangan

Penyanyi Zainal Abidin terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Zainal Abidin terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin.

Zainal ketika dihubungi berkata, ketika kejadian beliau bersama isteri dalam perjalanan dari rumah mereka di Shah Alam menuju ke Jalan Duta sebelum sebuah kenderaan jenis MVP mengentam keretanya dari belakang.

"Ketika kejadian kereta di hadapan saya tiba-tiba memperlahankan kelajuan sebelum kereta dibelakang saya yang dipandu laju tidak sempat menekan brek lalu melanggar kenderaan saya.

"Terkejut juga tetapi perkara sudah hendak berlaku namun saya kasihankan pemandu MVP itu kerana keretanya rosak teruk," katanya.

Zainal juga turut berkongsi video kemalangan itu di Instagram yang memperlihatkan kenderaan yang melanggarnya mengalami kerosakan.

Gara-gara kejadian itu juga, keadaan trafik sesak dan dilihat pihak polis turut berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Dalam pada itu, Zainal berkata, dia bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun impak langgar agak kuat.

Malah katanya, pemandu MVP itu juga berada dalam keadaan baik dan perkara itu sudah pun diselesaikan.

Zainal Abidin

Artikel Lain