suria

"Gajah itu hamil tidak mahu berjalan, tapi dipukul dengan pisau" - Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah gesa tidak sokong bisnes melibatkan haiwan liar. Foto kanan sekadar gambar hiasan.

PELAKON Sharifah Sakinah mengakui tindakannya menunggang seekor gajah bersama suami Aliff Adha ketika bercuti bukan suatu yang wajar dilakukan untuk hiburan.

Bagaimanapun, Sakinah yang berkongsi pengalaman menerusi sebuah video itu berkata, ia hanya menyokong kepada kekejaman dan eksploitasi terhadap haiwan liar.

"Nampak gembira ya, ia mesti menjadi salah satu kenangan manis saya yang menunjukkan cinta saya kepada alam semula jadi dengan menunggang seekor gajah yang besar.

"Sedikit yang saya tahu bahawa mereka terpaksa melakukannya. Gajah itu sedang hamil dan dia tidak mahu berjalan tetapi pemiliknya terus bersungguh-sungguh, memukul dan mengeluarkan pisau untuk mengancam makhluk yang lemah itu," tulisnya di Instagram.

Katanya, gajah-gajah tersebut dijinakkan dengan cara kejam sejak kecil dan ia merupakan sisi gelap dalam industri pelancongan yang sepatutnya didedahkan kepada umum.

Nampak gembiraaa ya ,it must be one of my sweet memories showing my love to the nature by riding on a huge elephant !!! Sweet lah sangat Little did I know that they were forced to do it. My elephant was pregnant and she did not want to continue the walk but the owner keep on insisting, beating and even take out a knife to threaten that poor creature ?. Cammm kimk. By nature, wild elephant won't let humans to ride on them. They were tamed in brutal process since baby. ? It involve separation from the mother, beating, starving and deprived from sleeps for many days. This is actually the dark side of the tourism that we need to create more awareness to the mass. If there's no demand, there will be no supply or the need to force them to work. So guysss tolonglah jangan, entertain by this. You too, can help to stop this cruelty. This does not only apply to elephant ride but also with other shows like circus ke dolphin ke semua la

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini berkata, orang ramai sepatutnya diberi kesedaran tentang perkara itu agar tidak terus mewujudkan permintaan terhadap bisnes tersebut.

"Secara semula jadi, gajah liar tidak akan membiarkan manusia menungganginya. Mereka dijinakkan dalam proses kejam sejak bayi.

"Ia melibatkan pemisahan dari ibu, memukul, kelaparan dan tidak dibenarkan tidur selama beberapa hari. Inilah sebenarnya sisi gelap pelancongan yang kita perlu wujudkan lebih banyak kesedaran.

"Jika tidak ada permintaan, tidak akan ada bekalan atau keperluan untuk memaksa mereka untuk bekerja," ujarnya.

Sakinah memohon orang ramai agar lebih berperi kemanusiaan bukan sahaja kepada gajah tetapi haiwan lain yang menerima nasib sama.

"So guys tolonglah jangan terhibur dengan ini. Anda juga dapat membantu menghentikan kekejaman ini.

"Ini bukan sahaja terpakai untuk gajah tetapi juga dengan pertunjukan lain seperti sarkas atau ikan lumba-lumba," ujarnya.

Sharifah Sakinah

Artikel Lain