suria

Tiga tahun jadi pelakon, Firdaus cuba nasib terbit 'Langsuir'

Firdaus (kanan) bersama pelakon utama filem Langsuir Syafiq Kyle.

BAHARU tiga tahun menceburi bidang lakonan, Firdaus Nadxaman kini melebarkan sayapnya mencuba nasib sebagai penerbit menerusi filem Langsuir.

Pelakon drama Melakonlia Firdaus, 29, berkata, dia menerusi produksi miliknya Guam Temawork tertarik untuk menerbitkan filem genre komedi seram gandingan pelakon Syafik Kyle dan Hannah Delisha.

"Saya bermula sebagai pekerja di belakang tabir sejak berusia 18 tahun. Langsuir adalah projek pertama saya selaku penerbit eksekutif kerana sebelum ini syarikat lebih kepada bisnes pembinaan dan hartanah.

"Projek filem ini tidak akan berjaya tanpa keyakinan dan hubungan baik saya dengan Abang Osman Ali selaku pengarah filem itu,” katanya kepada mStar Online.

Firdaus.

Tambahnya, bagi memastikan lakonan yang mantap, dia turut mendapatkan khidmat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty sebagai tenaga pengajar sebelum penggambaran bermula.

Dia juga meletakkan kepercayaan kepada Osman untuk mencorakkan filem berkenaan menjadi sebuah karya yang berkualiti.

Firdaus sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa filem arahan Osman Ali seperti Jiwa Taiko, Sejoli, Langit Cinta, Pinjamkan Hati, Jwanita dan Sinaran.

Dia turut meletakkan harapan tinggi projek filem sulungnya itu mendapat sambutan di pawagam nanti.

"Cerita ini ada kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke panggung," katanya.

Firdaus, Osman Ali

Artikel Lain