suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya masih waras" - Wawa Zainal dikecam berbaju jarang

Wawa Zainal dan suami Aeril Zafrel.

PELAKON Wawa Zainal yang dikecam berbaju jarang menerusi paparan foto di laman sosial Instagramnya, menjelaskan bahawa dia memakai inner berwarna merah jambu.

Wawa Nur Hawa Zainal Abidin, 27, berkata, dia masih waras untuk bertindak sedemikian dan meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi.

“Jangan membawang sangat, chill sudah, saya masih waras lagi.  Memang betul inner itu warna pink (merah jambu),” ujarnya.

Netizen meminta Wawa tidak pakai baju yang boleh mennimbulkan fitnah.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel dikecam netizen apabila memuat naik foto dengan mengayakan baju berwarna hitam dan jarang di bahagian lengan.

Segelintir netizen juga meminta pelakon itu untuk mengelakkan daripada memakai baju yang boleh menimbulkan fitnah di laman sosial.

“Pakailah inner warna hitam agar tidak menimbulkan fitnah dan tanda tanya orang yang melihat,” ujar netizen.

Wawa Zainal

Artikel Lain