suria

Jangan persoalkan bisnes baju Melayu Michael Ang

Michael Ang mengeluarkan baju Melayu jenamanya sendiri.

PENGARAH popular berbangsa Cina Michael Ang menganggap usahanya mengeluarkan koleksi baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri tidak perlu dipersoalkan.

Michael berkata, tujuan utama ialah untuk menarik perhatian masyarakat Cina menggayakan baju Melayu dalam perayaan atau majlis-majlis perkahwinan.

"Sepatutnya tiada persoalan tentang usaha saya dalam mengeluarkan koleksi baju Melayu sendiri.

"Ia sama seperti orang Melayu yang membuka restoran masakan Cina, tujuannya untuk menarik orang Melayu yang ingin makan makanan tersebut. 

"Begitu juga saya, saya percaya ada masyarakat Cina yang teringin untuk menggayakan baju Melayu pada hari-hari istimewa," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN:Tengok! Siapa kata orang gempal tak boleh jadi model 'catwalk'?

Model berbadan gempal tarik perhatian.

Michael Ang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion Lebaran 2018 baru-baru ini. 

Pengarah drama Hero Seorang Cinderella itu berkata, dia juga ingin mengembalikan budaya pada zaman kecilnya yang memakai baju Melayu menghadiri majlis perkahwinan jiran dan kenalan berbangsa Melayu.

"Dahulu masa kecil saya satu keluarga akan pakai baju Melayu jika ke majlis perkahwinan rakan-rakan keluarga kami.

"Tapi sekarang saya nampak budaya itu sudah tiada lagi. Saya mahu kita hidup sebagai satu Malaysia dan keluarga," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak pernah melepaskan peluang meraikan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun dengan menziarahi rumah kenalan dan rakan-rakan artis.

Sementara itu, ujar Michael, dalam setiap dramanya, dia banyak memberi peluang kepada pelakon berbangsa lain untuk menonjolkan bakat.

"Ini adalah alasan kenapa saya bawa pelakon-pelakon Cina seperti Alvin Chong dalam drama saya, bukan sebab saya mahu angkat mereka.

"Saya mahu kita satu Malaysia dan sekarang saya sedang mencari pelakon berbangsa India pula yang fasih berbahasa Melayu," ujarnya.

Michael Ang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain