suria

Wafiy Antara 18 Peserta Berentap Dalam ‘Ceria Megastar’

Wafiy memilih untuk bergandingan dengan Erissa Puteri, 15, daripada Ceria Popstar 2 sebagai pasangan duo dikenali sebagai Warissa. Foto AHMAD ZAMIR

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Mohd Wafiy Ilhan yang juga bekas peserta program Ceria Popstar 1 antara 18 peserta dipilih berentap dalam program pencarian bakat terbaharu iaitu Ceria Megastar.

Menerusi pertandingan itu, Wafiy, 15, memilih untuk bergandingan dengan Erissa Puteri, 15, daripada Ceria Popstar 2 sebagai pasangan duo dikenali sebagai Warissa.

Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja, Marissa Hanafi berkata, Ceria Megastar menghimpunkan peserta daripada empat program realiti iaitu Ceria Popstar, Ceria All Stars, Ceria i-Star dan Bintang Kecil beradu tenaga merebut gelaran juara.

“Penerbitan Ceria Megastar bertujuan mencari peserta terhebat yang berjayakan mempamerkan sepenuhnya bakat mereka,” katanya.

Kesemua 18 peserta bakal berentap merebut gelaran juara bermula 2 Mac depan.

Peserta lain yang bakal bersaing adalah Aniq, Alyssa, Chubb E-JoMeGo, Marsha, Fikry, Dayang, Jun, Rezza, Kashika, Iqbal, Iqmal Fikry, Vanessa, Hazury, Nana, Sheikh Baseer dan Hazriq.

Lebih menarik, Ceria Megastar turut menampilkan peserta dari Jakarta, Indonesia iaitu Syifa yang merupakan juara Ceria i-Star.

Ceria Megastar bakal bersiaran bermula 2 Mac, setiap haro Jumaat, 9 malam di Astro Ceria (611), Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Dalam pada itu, Marissa berkata, pengacara Datuk Aznil Nawawi dan pelawak Johan akan bertindak sebagai juri tetap.

Manakala pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad akan menggalas tugas sebagai hos.

Aznil bertindak sebagai juri tetap manakala Nabil memikul tugas sebagai hos.

“Dari segi pemarkahan peserta akan dinilai sepenuhnya oleh barisan juri sehingga episod separuh akhir.

“Manakala peringkat akhir, 30 peratus menerusi undian atas talian dan 20 peratus menerusi undian SMS.

“Selebihnya adalah hasil undian daripada juri tetap,” katanya.

Juara Ceria Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta sebuah trofi.

Manakala tiga lagi finalis peringkat akhir bakal mendapat RM5,000 dan sebuah trofi.

Wafiy, Ceria Megastar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain