“Bukan Jual... Ia Rezeki Anak” - Hafiz Suip - Hiburan | mStar

“Bukan Jual... Ia Rezeki Anak” - Hafiz Suip

Hafiz memberitahu dia semakin selesa dengan tugas-tugas sebagai seorang bapa. Foto AHMAD ZAMIR

PENYANYI Hafiz Suip tidak menolak tindakannya membuka akaun Instagram untuk anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri sebagai medium bagi meraih pendapatan.

Hafiz bagaimanapun berkata, itu bukan bererti dia 'menjual' anaknya sebaliknya menganggap ia adalah rezeki untuk anaknya seperti mana berlaku kepada anak pasangan selebriti lain.

"Pada saya jika itu berlaku, ia adalah rezeki anak saya. Itulah realiti dunia seni sekarang dan ia boleh menjadi tambah nilai kepada masa depannya juga.

"Kita pandang positif. Orang boleh cakap apa sahaja dan saya pun tak boleh halang namun itu bukan bererti saya menjual anak sebaliknya ia berbalik kepada rezeki anak," katanya.

Hafiz ditemui pada majlis pelancaran muzik video artis bawah naungan Rocketfuel di Red Box Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

Hafiz ingin kembali rancakkan karier seninya.

Penyanyi lagu Awan Nano itu dan isteri,  Nureffy Jasreel Abdullah menimang cahaya mata pada 31 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, walaupun Instagram anaknya itu masih baharu namun dia sudah mula menerima pelbagai tawaran daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun kata Hafiz, sebagai bapa, menjadi tanggungjawabnya untuk memantau dan lebih peka dengan tawaran diberikan agar tidak mudah dimanupilasikan.

"Buka Instagram untuk anak memang ada baik dan buruknya. Itu tanggungjawab saya pula untuk pastikan semuanya terkawal dan teratur.

"Alhamdulillah, baru sahaja buka sudah ada menawarkan pelbagai tawaran dan seperti saya kata tadi itu adalah rezeki anak saya," katanya.

Artis dibawah naungan Rocketfuel.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, selepas tiga tahun karier nyanyiannya agak perlahan dia sudah bersedia kembali aktif walaupun terpaksa bermula dari bawah.

Menyedari persaingan daripada penyanyi lebih muda daripadanya, Hafiz berkata, atas dasar itu dia tampil dengan dua lagu rancak iaitu Kejar dan Hari Ini Dalam Sejarah sebagai pembaharuan.

"Saya kena tampil berbeza dan lagu rancak ini boleh menjadi pembakar kepada karier saya tetapi itu bukanlah bererti saya tidak lagi mahu menyanyi lagu balada.

"Cuma saya ingin buat kelainan selain perlu mengikut peredaran muzik yang telah banyak berubah dan mengikut selera pendengar.

"Alhamdulillah peminat saya menyukai dengan lagu yang saya lancarkan dan saya sendiri bersemangat untuk angkat kembali karier muzik saya," jelasnya.

Hafiz Suip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain