Sheila Rusly Benarkan Ayda Jebat Muncul Kerana Redza Rosli - Hiburan | mStar

Sheila Rusly Benarkan Ayda Jebat Muncul Kerana Redza Rosli

Sheila akui Ayda kerap ke lokasi penggambaran drama terbitan syarikatnya dan turut menafikan ada masalah dengan pelakon tersebut. Foto: SAM THAM / The Star

PENERBIT drama Sheila Rusly mengakui pelakon Ayda Jebat kerap mengunjungi set penggambaran produksinya JS Pictures yang membabitkan aktor Redza Rosli.

Sheila, 46, berkata dia tiada masalah dengan kehadiran Ayda kerana pelakon drama Dekatkan Jarak Kita itu memiliki hubungan baik dengan pihak produksi.

"Memang Ayda ada datang ke set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf, tapi kami tak ada masalah tentang hal itu kerana dia memang rapat dengan seluruh warga produksi JS Pictures.

"Dia boleh datang bila-bila masa ke set dan tak tahu pula benda itu pun jadi isu. Sejujurnya kami warga JS okay sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Perlu Nak Huraikan - Ayda Jebat

Sheila bersama suami yang juga pengarah drama, Jinggo.

"Kedatangan dia tidak mengganggu perjalanan shooting, dia bergaul dengan semua dan tak kacau kami pun," katanya kepada mStar Online.

Sheila ditemui semasa sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) di Nate Bistro, Subang, Selangor pada Selasa.

Sebelum ini, mStar Online bertarikh 4 Januari melaporkan mengenai Ayda Jebat sering dilihat menemani Redza di lokasi penggambaran kerana dipercayai cemburu pembabitan aktor itu bersama pelakon wanita lain.

Ayda (empat dari kiri) dan Redza (lima dari kiri) mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Sheila Rusly.

Situasi itu dikatakan menimbulkan perasaan kurang senang orang sekeliling yang berurusan dengan Redza ketika penggambaran.

Sementara itu, Sheila menafikan dia mempunyai masalah peribadi dengan Ayda Jebat dan Redza Rosli dan tidak mengetahui daripada mana munculnya khabar angin kononnya pihak produksi kurang senang dengan mereka.

"Astagfirullahaladzim... saya tak ada masalah pun dengan Ayda atau Redza. Saya pun tak tahu daripada mana datang cerita tersebut. Mereka dah macam anak-anak saya.

Barisan selebriti dan ahli panel DFKL 2018 bergambar semasa sidang media program tersebut.

"Ayda akan ada penggambaran drama baru bermula 11 Februari ini dan hubungan kami memang rapat. Soal gosip cinta dia Redza, saya tak tahu. Kalau betul Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sheila Rusli dilantik menjadi panel untuk sesi kelas lakonan program DFKL 2018.

Selebriti serta penggiat drama lain yang turut terbabit ialah Datin Diana Danielle, Erma Fatima, Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Jason Chong, Shahrulezad dan Jason Kok.

Sheila Rusly , Ayda Jebat , Redza Rosli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan