“Terima Kasih Jadi Kawan Baik Saya” – Stacy - Hiburan | mStar

“Terima Kasih Jadi Kawan Baik Saya” – Stacy

Stacy bersyukur memiliki seorang suami yang penyayang. Foto Instagram @kimcylovers.

PENYANYI Stacy meluahkan rasa syukur memiliki seorang suami yang sentiasa terbaik buatnya dan dua anak mereka iaitu Bella dan Eshaal yang kini berusia setahun.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, turut menyifatkan suaminya, Akim Ahmad sebagai sahabatnya yang paling baik.

"Selamat hari lahir sayang! Semoga sentiasa menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk kami seperti selalu.

"Terima kasih sebab menjadi kawan baik saya selama ni. Panjang lagi nak cakap sambung nanti lah... Akim Ahmad 27th Surprise Birthday Bash," kata Stacy.

Stacy membuat ucapan istimewa kepada Akim menerusi laman Instagram miliknya bersempena ulang tahun kelahiran vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu.

Kejutan hari lahir buat Akim.

Penyanyi itu turut diraikan oleh kelab peminatnya, GAFImers The Defenders di Dewan Ambassador Putrajaya pada malam Khamis.

Peminat turut mengambil kesempatan memberi ucapan ulang tahun kelahiran dan mendoakan kebahagiaan Akim sekeluarga.

"Happy Birthday Akim. Mudah-mudahan panjang umur, murah rezki, diberi kesihatan sepanjang hayat dan sentiasa gembira bersama keluarga tercinta. InsyaAllah. Amin.

"Selamat hari lahir abang @akimahmad, moga terus dimurahkan rezeki dan menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak," komen beberapa peminatnya.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah.

Stacy , Akim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain