"Tidur Malam Pun Fadzil Masih Fikir Tentang Farid"- Yana Samsudin - Hiburan | mStar

"Tidur Malam Pun Fadzil Masih Fikir Tentang Farid"- Yana Samsudin

Yana memberi sokongan sepenuhnya kepada suami, Fadzil Zahari.

PELAKON Yana Samsudin memberitahu dia dan suami iaitu Fadzil Zahari hanya bertemu beberapa minit sehari sepanjang menguruskan kes membabitkan Datuk Farid Kamil.

Menurut Yana, 34, suaminya itu terlalu sibuk menyelesaikan isu berkenaan sehinggakan dia hanya berhubung menerusi telefon.

"Saya boleh kata, suami paling sibuk menguruskan hal itu. Awal pagi dia keluar dan lewat malam baru balik, sampai tak sempat nak berborak panjang.

Farid Kamil bersama adiknya, Fadzil (kiri) dan Dr. Anis (kanan).

"Fadzil mengambil tanggungjawab menguruskan kes abangnya sampaikan tidur malam dia tak henti-henti memikirkan keselamatan Farid.

"Oleh sebab itu, saya ada memuat naik status memberi sokongan kepada suami di Instagram dengan harapan supaya dia tidak rasa tertekan," katanya kepada mStar Online.

Yana ditemui semasa Media Prima TV screenings 2018 yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Farid Kamil yang juga merupakan abang kepada Fadzil ditahan polis berhubung kes menyerang anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari.

Ucapan semangat Yana kepada suami yang dimuat naik di laman Instagram.

Pelakon filem Tombiruo itu ditahan reman selama lima hari bermula 12 hingga 16 Januari lalu.

Sementara itu, bertanya tentang abang iparnya itu, Yana berkata, Farid tidak pernah berkelakuan pelik sepanjang mengenali pelakon itu.

Malah, mereka sekeluarga terkejut dan tidak menyangka Farid melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Sejujurnya, kami dah macam adik beradik kerana pernah bekerja dan bernaung di bawah pengurusan sama semasa bergelar pelakon dahulu.

Keluarga bahagia Yana Samsudin.

"Bila terjadi kes ini, kami semua terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kerana seperti ada sesuatu yang tak kena," ujarnya.

Bagaimanapun, Yana  menganggap ada hikmah disebalik kejadian berkenaan.

Katanya, mereka sekeluarga menerima ujian hidup yang sudah ditentukan itu dan berharap ia turut menjadi teladan kepada semua.

"Kami semua terima ujian ini dan pasti ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.

"Hikmah itu bukan pada dia sahaja tapi kita semua kerana kejadian ini mengajar banyak mengenai kehidupan. Yang baik kita jadikan tauladan dan buruk kita jadikan sempadan," katanya."

Yana Samsudin , Fadzil Zahari , Farid Kamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain