suria

“Saya Tidak Pernah Kahwin” -Tunang Remy Ishak

Pasangan ini bertunang pada Mei tahun lalu.

PETALING JAYA: Tunang kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof menjelaskan dia belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak seperti yang tersebar di internet.

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkata, kanak-kanak lelaki dalam foto yang tersebar di sebuah blog hiburan adalah anak saudaranya.

"Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara tentang diri saya, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak lelaki itu bukan anak saya. Dia anak saudara saya," tulisnya di Instagram.

Blog yang menyiarkan artikel berkaitan beberapa perkara menarik tentang Ezza.

Tunang kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini membetulkan fakta sebuah blog yang mendakwa dia mempunyai seorang cahaya mata.

Sementara itu, Ezza meminta pihak berkenaan untuk membetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah.

"Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betulkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah," tulisnya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.

Remy Ishak, Ezza Yusof

Artikel Berikut

Artikel Lain