suria

Abam Jemput Satu Malaysia Datang Kenduri Kahwin!

Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Disember lalu. Foto Instagram @abam_bocik

SEMENJAK akhir-akhir ini sudah menjadi satu trend buat artis Malaysia untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup bagi menjaga privasi namun sebaliknya bagi pelawak Abam.

Pelawak kumpulan Bocey itu menerusi Instagam pada malam Jumaat menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinannya yang akan berlangsung pada 20 Januari ini.

Assalamualaikum... Saya dengan rendah diri menjemput semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018, Sabtu.

"Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga habis majlis," tulisnya.

Kenduri itu akan diadakan di kediaman keluarga Abam di Sungai Salak Batu 10, Jalan Gombak Kuala Lumpur.

Abam menjemput seluruh rakyat Malaysia menghadiri majlis kenduri kahwinnya pada 20 Januari ini.

Dalam pada itu, Abam turut meminta pengikutnya di Instagram agar memanjangkan jemputan itu kepada semua dan mengalu-alukan kedatangan tetamu tidak kira bangsa dan agama.

"Minta panjangkan jemputan ini... Semua dialu-alukan kedatangan tak kira bangsa, agama, pangkat, darjat dan semuanya. Semoga kita semua di cucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, Insya-Allah. #kitabaikramaisayang #kendurikahwin," tulisnya lagi.

Terdahulu pada 8 Disember lalu, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, selamat disatukan sebagai suami kepada wanita pilihannya, Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.

Abam, Bocey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wan Maryam Pilihan Fizo, Mawar

Artikel Lain