suria

“Astaghfirullahalazim… Belum Lagilah” - Remy Ishak

Remy Ishak menyangkal dakwaan kononnya sudah melangsungkan perkahwinan secara rahsia. Foto Arkib THE STAR

KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak terkejut apabila desas-desus terbaharu mendakwa dirinya sudah bernikah dengan Ezza Yusof secara rahsia baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan itu, Remy sekadar membalas dengan ketawa dan menyifatkan ia sebagai perkara yang melucukan.

"Astaghfirullahalazim. Belum lagilah. Mana ada. Belum sampai jodoh lagilah," katanya kepada mStar Online.

Penyebaran beberapa gambar Remy atau Mohamad Zalimie Ishak, 35, berpakaian pengantin dipercayai pada sebuah majlis pernikahan menimbulkan pertanyaan dan cakap-cakap dalam kalangan penggiat industri, minggu ini.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

Perihal itu menjadi bualan sehingga beberapa penggiat menganggap pelakon yang kini popular dengan siri Kekasih Paksa Rela di TV3 itu sudah bernikah secara rahsia.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Remy berkata ia adalah perkara yang tidak diketahui lagi buat masa ini dan menyerahkan ia pada jodoh.

Beralih pada kerjaya lakonan, Remy berkata dia bakal membintangi sebuah filem seram berjudul Pontianak The Legend tidak lama lagi.

Ia turut akan dibintangi Namron, Tony Eusof, Fazura, Hisyam Hamid dan Shenty Fezliana.

Remy Ishak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain