suria

Azmir Arif Belum Dikenali, Mana Silapnya?

Azmir kecewa masih tidak dikenali.

PENYANYI Azmir Arif meluahkan rasa kecewa apabila masih belum dikenali biarpun sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Azmir, 34, berkata, dia melihat bakat seninya seolah-olah lebih dihargai di luar berbanding negara sendiri.

"Sudah lapan tahun saya dalam industri, tapi orang masih tak kenal saya. Kadang-kadang rasa sedih juga, kenapa tidak diberi peluang?

"Berbeza dengan Malaysia, di Brunei saya sudah beberapa kali dijemput menyanyi di Istana Diraja bersama artis-artis negara lain.

"Malah, lagu saya berjudul Nombor Satu yang diterbitkan menerusi satu projek khas di Indonesia turut mendapat sambutan yang bagus di negara itu," katanya kepada mStar Online.

Azmir kecewa tidak dapat perhatian.

Dalam pada itu, dia juga kesal apabila terdapat individu-individu yang mudah menggelarkan diri mereka sebagai artis dan penyanyi.

Menurut Azmir, dia juga hairan apabila individu yang tular di media sosial lebih mendapat perhatian radio dan stesen televisyen berbanding artis berbakat sepertinya.

"Yang bukan artis pun digelar penyanyi. Orang yang betul-betul menyanyi pula terkebelakang.

"Sepatutnya artis yang sudah lama berjuang diberi peluang. Tapi mereka yang didahulukan." ujarnya lagi.

Bagaimanapun, semangat Azmir untuk terus menyanyi tidak pernah luntur walaupun tidak mendapat sokongan dari peminta tempatan.

Dia yang sudah memiliki dua album sebelum ini akan terus berjuang agar namanya dikenali suatu hari nanti.

"Rasa nak berhenti menyanyi tu memang ada, tapi saya sudah berjuang, lebih baik saya teruskan sahaja," kata Azmir.

Azmir Arif

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain