Hanya Nadia Yang Tahan Perangai 'Nakal' Tauke - Hiburan | mStar

Hanya Nadia Yang Tahan Perangai 'Nakal' Tauke

Tauke akui Nadia paling serasi. Foto Instagram: taukejambu

SHAH ALAM: Pelawak Tauke Jambu memberitahu kesabaran isterinya Nadia sepanjang lima tahun mereka bercinta menunjukkan wanita itu adalah paling sesuai dijadikan teman hidupnya.

Tauke, 40, berkata, Nadia seorang wanita yang tabah terutamanya ketika hubungan yang mereka bina itu berhadapan dengan dugaan.

"Tidak ramai perempuan yang tahan dengan saya, tapi dia sangat sabar dan tahan dengan perangai saya yang nakal.

"Saya bukanlah playboy atau nakal tapi cuma saya suka berkawan dan mencari keserasian. Sebelum berkahwin tentulah kita cari perempuan yang betul-betul serasi," ujarnya kepada mStar Online.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria sah bergelar suami Nadia Mohd Effendi, 28, dalam sebuah majlis yang diadakan De' Laman Event Space, Sabtu.

Tauke berkahwin kali keempat.

Ia merupakan perkahwinan keempat buat Tauke, manakala perkahwinan pertama bagi Nadia.

Tauke dikurniakan enam cahaya mata pada perkahwinan terdahulu yang kini berusia 16 hingga 9 tahun.

Dalam pada itu, Tauke menyifatkan hubungan dia dengan isterinya itu seperti api dan air.

"Kegagalan hubungan sebelum ini kerana sikap masing-masing yang tidak mahu mengalah. Ia seperti api dengan api.

"Tapi bila dengan Nadia dia jadi seperti air dengan api, bila saya marah dia akan pujuk," ujarnya.

Tauke harap perkahwinan kali ini hingga akhir hayat.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan keluarga, Tauke berkata, dia tidak merancang sebaliknya menyerahkan kepada rezeki yang diberikan oleh Allah taala.

Sementara itu, Nadia berkata, dia terpikat dengan sikap Tauke yang matang dan mudah dibawa berbincang.

"Dia seorang yang matang dan jika ada masalah dia akan bawa berbincang dengan baik. Pada saya komunikasi itu penting selain perlu percaya antara satu sama lain," ujarnya.

Tauke dan Nadia, 28, mengikat tali pertunangan pada Disember 2015.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Tauke Jambu

Artikel Sebelum

Foto Seksi, Tasha Shilla Dikecam Lagi

Artikel Berikut

Azmir Arif Belum Dikenali, Mana Silapnya?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain