Fathia Trauma Diserang Lelaki Botak

Fathia diserang lelaki tidak dikenali.

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi, Nur Fathia Latiff mendedahkan dia masih berasa trauma selepas diserang oleh seorang individu tidak dikenali.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, individu itu bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

"Saya baru sahaja diserang oleh seorang berkepala botak. Selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu hati-hati.

"Dia cuba mengugut saya dengan berkata "jangan sampai peluru aku sampai kat kau". Saya masih menggigil sehingga rasa trauma," ujarnya menerusi laman sosial Twitter pada Sabtu.

Status Fathia di Twitter pada Sabtu.

Fathia turut memuat naik foto parang yang tersimpan dalam keretanya bagi tujuan kecemasan.

Dalam pada itu, Fathia berkata, dia memerlukan khidmat pengawal peribadi berikutan bagi menjaga keselamatannya yang kini terancam.

"Saya perlu pengawal peribadi!. Ada pengawal keselamatan tapi hanya tengok sahaja," ujarnya.

Tambah pelakon Ariana Rose ini, dia mengenali nama lelaki yang menyerangnya itu, namun enggan mendedahkannya atas sebab tertentu.

Fathia Latiff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ika Nabella Keracunan Makanan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain