suria

Azharina Rayu Radio Mainkan Lagu

Azharina Azhar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azharina Azhar sangat berharap lagu-lagu baharu dalam album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendapat sokongan stesen radio tempatan.

Azharina, 32, berkata, dia bimbang apabila terlalu banyak saingan daripada penyanyi baharu membuatkan single nyanyian kurang diberi perhatian.

"Satu sahaja yang saya harap ialah lagu baru saya dimainkan di radio tempatan.

"Saya tahu susah untuk lagu artis seperti saya dimainkan ia mungkin kerana faktor usia yanh sudah agak tua berbanding artis lain," ujarnya kepada mStar Online.

Azharina bakal keluar album baharu.

Azharina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pradengar lima buah lagu baharu ciptaan komposer terkenal Julfekar pada Khamis.

Lima buah lagu balada tersebut berjudul Cinta Terbahagi Dua, Kesetiaanku, Tetap Kan Abadi, Jemput Kenangan dan Kasih Abadi.

Lagu berkenaan sudah siap dirakam dan bakal dilancarkan pada Januari depan.

Dalam pada itu, Azharina berkata, kesemua lagu yang dicipta oleh komposer itu mempunyai kaitan dengan perjalan kehidupannya.

"Kelima-lima lagu ini ada kaitan dan jalan cerita seperti hidup saya sendiri. Seperti lagu Cinta Terbahagi Dua saya jiwai dengan baik dan menganggap cinta saya kepada keluarga dan kerjaya.

"Manakala lagu Tetap Kan Abadi merupakan lagu untuk anak angkat saya yang meninggal dunia," ujarnya.

Sementara itu, komposer Julfekar berkata, lagu-lagu tersebut merupakan lagu yang dicipta khas bersesuaian dengan vokal Azharina.

Ujarnya, Azharina juga dapat memberikan penghayatan yang baik kepada lagu tersebut.  


Azharina Azhar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain