suria

Minyak Kereta Enot Dicuri

Enot sudah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Foto Instagram: @enot_78.

PELAKON dan pelawak Enot berang apabila menyedari minyak keretanya telah dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 39, berkata dia sudah membuat laporan polis dan akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang disembunyikan di bahagian hadapan kereta tersebut.

"Dunia-dunia kesian kereta walaupun dia dah tua dan tak segah kereta artis-artis meletop tapi dia banyak berjasa.

"Selesai lapor polis sebab ada pula yang pandai curi minyak dari kereta ini. Ingatkan bocor sekali tengok salur minyak dicabut untuk ambil minyak lepas tu pasang balik.

"Tak apa lah, kita nak tengok kat CCTV jelah siapa yang buat lepas itu biarlah polis yang buat kerja ok. Nasib ada CCTV tersembunyi betul-betul depan kereta," kata Enot.

Enot meluahkan rasa marah di laman Instagramnya.

Menurut Enot, dia reda dengan ujian Allah dan mendoakan individu tersebut mendapat balasan yang setimpal.

Malah dia juga meluahkan rasa sedih apabila ada individu yang mengambil jalan mudah dengan melakukan perkara tersebut sedangkan dia bersusah payah mencari rezeki untuk anak-anaknya.

"Alhamdulillah kan jela. Semoga Allah yang membalas semuanya. Saya pernah susah yang teramat tanpa mak bapa untuk tolong.

"Tanpa suami dengan menjaga anak-anak bawa ke mana saja tapi saya usaha mencari rezeki untuk anak-anak.

"Tapi kenapa orang sekarang ambil jalan mudah mencuri. Tulang 4 kerat cukup sempurna Allah bagi guna selagi boleh. Sabar saja saya pun bukan senang sangat," ujarnya.

Enot yang memuat naik foto dan status tersebut di laman Instagramnya pada Khamis mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya meminta Enot supaya bersabar dengan dugaan itu.

Enot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain