suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan Kehendak Saya” – Farah Nabilah

Farah hanya mengikut kehendak Izara yang mahu kedua pengapit memakai warna baju yang sama. Foto Instagram: @fawaarriors.

PEMILIHAN warna baju pelakon Farah Nabilah ketika menjadi pengapit pada malam pernikahan rakan baiknya, Izara Aishah bukan atas kehendaknya.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 25, berkata Izara yang mahu pengapit lelaki dan wanita memakai pakaian warna tersebut supaya kelihatan cantik dalam gambar.

"Bukan saya yang minta atau sengaja nak warna baju sama dengan pengantin. Tapi ia adalah kehendak Izara sendiri.

Foto yang dimuatnaik Kilafairy mengundang kecaman netizen terhadap Farah. Foto Instagram: @kilafairy.

"Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama.

"Kalau lihat pelamin dan hiasan juga putih. Jadi, tidak ada istilah saya nak 'overshadow' pengantin," kata Farah kepada mStar Online.

Selain persalinan Izara pada malam pernikahannya Khamis lalu menjadi perhatian, Farah yang ditugaskan menjadi pengapit turut terkena tempias.

Farah ditugaskan menjadi pengapit pada malam pernikahan dan resepsi Izara dan Adib. Foto Instagram: @farahnabilahofficial.

Menerusi foto yang dimuatnaik pelakon Kilafairy, netizen mempertikaikan penampilan Farah yang memakai baju sedondon dengan pasangan pengantin.

Rata-ratanya menegur bahawa baju yang dikenakan Farah tidak sesuai di majlis perkahwinan.

Terdahulu, ramai peminat tidak menyangka Farah dan Izara sudah berkawan baik sejak di bangku sekolah.

Farah Nabilah, Izara Aishah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain